05 March 2013

Masalah Oh Masalah !

Assalamualaikum wbt


Setiap yang bergelar manusia, makhluk ciptaan Allah SWT tidak lari daripada menghadapai masalah. Cuma, setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza... ada yang mempunyai masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah sosial, dan berbagai-bagai masalah lagi ...

bagi aku sendiri, masalah utama yang ku hadapi ketika ni adalah masalah kesihatan dan masalah sosial ... huhuhu... bagiku, semua tu bukanlah masalah tetapi itu lah ujian dari Allah untuk ku ... ini lah bahagianku ... sukar mendapatkan zuriat, masalah ahli keluarga seperti orang tua daku, anak saudara, kakak ipar,  --- > (semuanya tu datang pada aku bertalu-talu ) dan sikap aku sendiri... (berperang dengan diri sendiri dalam usaha untuk berubah ke arah kebaikan dari segi sikap dan pemakaian)

setiap orang mempunyai kehendak dan matlamat masing-masing yang ingin dicapai. Bagi aku, banyak benda yang aku dah mula belajar sekarang ni. setiap baik buruk yang berlaku dalam hidup aku, aku jadikan pengajaran dan tauladan ...

apa yang baik aku ambil sebagai contoh, dan yang sebaliknya aku buang jauh-jauh dan jadikan pengajaran supaya semua tu tidak berlaku atas diriku dan orang-orang yang ku sayang ... :)

Banyak perkara yang membuatkan aku berfikir banyak dan dalam sekarang ni... contohnya, wanita-wanita di sekelilingku yang ada anak samada anak dah besar atau masih kecil, bukan senang nak mendidik anak. aku nilai acuan mereka, ternyata yang aku jumpa adalah DIDIKAN AGAMA yang paling penting sejak dari kecil. kalau xde basic 'yang satu' ni pada anak-anak sejak kecil, kita jangan berharap untuk lihat sesuatu yang berkaitan dengannya (agama) semasa mereka sedang meningkat dewasa.  

OK, dari situ aku belajar salah satu ilmu keibubapaan yang penting dalam mendidik anak-anak kelak. Ya Allah, besar rupa-rupanya tanggungjawab menjadi ibu dan ayah. selama ni aku hanya terfikir untuk ada zuriat ku sendiri jer... xsangka sebenarnya dalam perjalananku sedang berusaha untuk mendapat zuriat, terselit hikmah yang Allah ingin tunjukkan padaku... Terima Kasih Ya Allah... 

pic : en google

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi kan lah meng 'komen' ... thanks yaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...