31 January 2013

DUPHASTON

Assalamualaikum wbt

Tertangguh plak nak update blog.. ingat nak update semalam... xsempat ... semalam gi klinik O & G ... ada appointment ... di sebabkan masalah period yang tidak bagus ini, maka daku mintakla untuk scan ... walaupun hampir sebulan menunggu tarikh appointment ni, tapi daku berpuas hati dengan layanan hospital kerajaan ni ... detail di cek ... syukur ... tapi yang x bestnya doc cakap fibroid ku makin membesar...

Tahun 2011 scan (USG) je, doc ckp saiz 2x2.2cm je .. tapi semalam pergi scan doc ckp dah 5x3cm ... alamak, patutlah sekarang ni periodku problem, cepat benor rasa nk terkucil bila minum air lebih sket, lepas tu bila tahan buang air besar or kecik, mula la sebelah kanan ari-ari ni rasa sengal smpai ke peha, rupanya fibroidku makin mengganas, dia da tekan pundi kencing n usus besar ku gamaknya...

Selain daripada tu, daku ada gak bgtau doc daku ada wat BBT n suhu memang rendah.. suhu paling tinggi pun 36.3 je... doc ckp hormon progesteron ku rendah ... so, doc decide suh amek duphaston ... doc bagi untuk 3 cycle... tp org farmasi tu bg daku 1 cycle dulu..then dia bg next date untuk amek balik ubat tu for next cycle... ubat duphaston yang di prescribed berikan padaku ni makan selama 21 hari , 1 biji skali makan sehari. tghen stop tujuh hari, makan lagi for next cycle.. harap2 periodku kembali normal seperti duluuuu...



oppsss... lagi satu doc nasihatkan daku kena turunkan berat badan... die siap kira lagi BMI ku dengan ass nurse nya dalam bilik tu...huhu... terharu rasanya walaupun daku dah tau berapa BMI ku skrg..daku ckp "dah obes kan doc?" erm... die senyum je n cakap paling2 xboleh, bagi la turun 5 kg je dulu... so, kesimpulannya sekarang ni ...daku mmg sedang berusaha keras melawan hawa nafsu untuk menurunkan berat badan..bukannya hawa nafsu apa... godaaan makanan sebenarnya ni... so, dats y daku plan amek herbalife wat masa skrg... harap2nya impianku untuk turunkan berat badan dalam 15 kg ni berhasil dan semoga fibroidku akan mengecil and kecut kembali selepas bdanku dah berjaya kecik nanti ...aamiin ...

28 January 2013

DIET DENGAN HERBALIFE

Assalamualaikum wbt

syukur alhamdulillah herbalife ku dah sampai tengahari tadi... jadi mulai esok harus start with F1 herbalife ... huhu ...

semoga usaha ku kali ini untuk menurunkan dalam 15-20kg berat badanku akan termakbul ...aamiin ...

semoga dengan usaha ni juga dapat memudahkan usaha TTC ku ...

Semoga juga daku akan terus istiqomah dalam menurunkan berar badan ... daku ingin MELEPASKAN berat bdan dan bknnya MENGHILANGKAN berat badan ...

Semoga segala usahaku di permudahkanNya ...Aamiin :)


27 January 2013

DEMAM, BATUK DAN SELSEMA

Assalamualaikum wbt

rasa macam dah lama jer daku x update blog... ceh... mcm ada je yg nak baca ye..hihihi ...

dah beberapa hari daku dok batuk dan selsema... hukhukhuk ... even tengah menaip ni pun tengah batuk2 tau. Tapi elok je daku batuk2 dan selsema ni, cik P ku datang plop 24 hb ... erm.. dah la cik p ku bermasalah, kua setompok2 dengan lendir jer... pastu makan plak ubat batuk, paracetamol dan ubat selsema... berdasarkan penglamanku sdiri kalau makan ubat paracetamol ni period flow akan berkurang (time period) so, mmg betullah ... dah la periodku tengah tingtong kua spotting berlendir... sekarang ni mkn ubat2 tu plak lagi lah xmo kua si cik p ni..aishh.. ape lah problem ku agaknya ye... lagi 2-3 hari nk jmpa gynae ... nak tanya betol2 apa masalahku ni ... harap2nya masalah hormon je n xde berkaitan dengan organ dalaman ..aamiin.. (w/pin dalam hati aku kuat mengatakan ada masalah dalaman ni somthing like endo, cyst, fibroid, etc ... nauzubillah) :(

23 January 2013

MAN JADDA WA JADDA




"Siapa Yang Bersungguh-Sungguh, Pasti Berhasil"

Jadi untuk mendapatkan sesuatu hajat, hendaklah kita bersungguh2 dalam mengerjakannya atau mengusahakannya ...

semoga usaha kita semua (yang baik sahaja) akan dimakbulkan Allah SWT dan mendapat kejayaan kelak... Aamiin :)

20 January 2013

TER 'OVER' FIKIR

Dear Mr. Z ...

sori daku ter'over' plak sedih dan nangis2 bila stress pk pasal nak dapat baby semalam. erm, sebenarnya daku jadi ter'over' ni sebab memikirkan period ku yang macam dah pra-monopos (betul ke eja ni?) ni ... hurm... ntahla, makin stress di buatnya.

Ya Allah, tabahkan lah hatiku ya Allah,  Ampunilah segala dosa2 ku, suamiku, ibu bapaku, adik beradikku  keluargaku serta umat islam di seluruh dunia samada yang masih hidup atau telah kembali kepadaMu ya Allah... jauhkanlah kami dari sifat2 mazmumah, dekatkanlah kami dengan sifat2 mahmudah ... aamiin ya Rabbal Alaamiin.


19 January 2013

USAHA TTC KU (2)

Assalamualaikum wbt

Ok, ini sambungan entri usaha ttc ku yang ke2 untuk mendapatkan my lil one...  :)

Dalam bulan 9 /2012, daku tahu berat badanku makin bertambah dan naik dengan jayanya selepas mengambil pil perancang yaz untuk beberapa bulan dan juga suntikan peransanga telur, gonal f antara bulan 12/2011 - 6/2012. Bayangkan dalam masa 6 bulan selepas pengambilan dan suntikan ubat2 tu, berat badanku bertambah sebanyak 7KG. wahhh... ini memang dah jadi juara besarkan badan ni..huhhh... SEDIIHHHHHHHHHH... :'( Uwaaaaaaa...waaaaa...waaa.... sobsobsobsob ....

Entah kenapa berat badanku senang sangat bertambah tetapi susah sangat nak turun.. Maka, dlm bln 9/2012 aku mula timbul kesedaran tu, aku cadang nk ambil balik satu produk untuk kuruskan badan ni sebab tahun 2011 aku pernah ambil dan memang berkesan tanpa apa2 kesan sampingan. Tapi bila ku ambil beberapa paket je, kesan sampingan tu da mula timbul .... jadi, bermula dari situ lah period ku keluar spotting sahaja dan jarang sangat keluar flow yang mcm biasa tu.

So, daku dah stop pengambilan produk kurus tu, aku try kuruskan badan dengan mengawal pemakanan dan workout plak. Tapi semua tu hanya bertahan dalam 1-2 minggu sahaja. memang berat badanku turun 2kg masa tu. Tapi after dah xingat diet dan exercise, maka badanku membesar pula seperti juara ... uwaaaaaaaa.... sedih lagi sekali... dlm masa yang sama aku cuba TTC secara natural yang akhirnya tidak membuahkan hasil yang diingini.

Period ku tetap spotting mcm gini jugak sampai sekarang. pernah sekali 2/11/2012 periodku datang tanpa di duga selepas aku pakai satu losyen mustajab kat perutku waktu malam...then, keesokan tgaharinya, dia datang dgn rasa cramp perut skjap. mula2 daku pikir nk ovulation kot, tapi rupe2nya si cik P yang nk datang. tp yang bestnya, flow periodku kali tu normal n banyak jugak... ermm... itulah kali terakhir flow cik p yang normal...Hampa.... daku stress dan rasa kosong sgt sekarang ni... xtau lagi apa nak fikir untuk buat periodku kembali seperti dulu. tapi daku perasan setiap kali makan benda2 sejuk mcm buah2 tempatan ke, rasa mcm senak je kat ari2 terutamanya kat sebelah kiri dan semasa aku nk tunduk. Maksudnya, perutku mcm menekan ke bawah dan ari2 terasa senak.

Pernah dalam bulan 12/2012 daku mngikut nasihat seorang kwn yang juga TTC sepertiku suruh daku minum air kelapa untuk bg flow period lancar, daku try juga selama 4-5 hari turut2, haiiihh.. xjalan jugak periodku ni..degil...masih sama... lepastu, ada juga ku try air kunyit dan minum coke, hasilnya adalah sket kua darah yang cair tapi warnanya merah pekat... masih juga dalam kategori xberhasil ni. erm... entah apa lagi lah usaha ku lepas ni nak bagi periodku lancar... ada cadangan x kawan2?

ok, stop dulu psl period tu. then, daku pernah beli set kesuburan susu Al Khisbun dan Hulba dalam bulan 12/2012. minum pun jarang2 je, daku kasi juga husband ku minum. Tapi itu pun kalu daku yang bancuhkan, kalau x, jgn harap dia nak sentuh... aisshhh... tu lah lelaki kan.. semuanya nak harapkan wife die yang buat semua benda untuk dia...  opsss! termeluah  perasaan hati plak.  sori, xsengaja. ok, abaikan. so, sampai sekarang masih lagi dalam proses pengambilan al khisbun ni. Hulba tu daku amek dengan madu. lebih sedap dan sekali masuk mulut je. yang susu tu plak daku xtahan ..tapi daku minum saja, sekali minum tutup hidung. hehe... xpe, daku rela untuk mendaptkan rezeki yang satu itu. ermm...


selain daripada tu, masa period, daku ada juga minum air taugeh yang di katakan boleh menyuburkan rahim kita. daku rendam kacang hijau tu 1-2 hari berturut2... selepas tu daku buang airnya, nmpak kacang hijau dah bercambah, aku masukkan dalam bekas mcm penapis tehh tu. daku letak penapis teh tu atah bekas yang berisi air. keesokannya tgk da makin bercambah, apa lagi, daku ambil segenggam dan rebus dengan 2 cawan air selama lebih kurang 10-15 minit. then, dapat secawan, daku minum lah waktu pagi before sarapan. daku cuma dapat minum 2 hari je sebab xtahan sangat dengan bau dan rasa dia... tapi sebenarnya yang xsedap itu lah ubat... hihihi... ok, jgn tiru mcm daku... seeloknya minulah dari hari pertama period sampai hari O ... ok?

Ermm, apa lagi ye usaha yang ku lakukan? rasanya itu jela dulu kot wat masa sekarang, untuk masa akan datang, daku xtau apa yang akan berlaku. walaupun daku tau usaha ku tidak lah seberapa seperti pasangan suami isteri yang lain, tapi sekurang2nya janganlah kita xberusaha langsung kan...

Jumpa lagi next entri ... :) Wassalam ...





18 January 2013

FOOT PATCH

Assalamualaikum wbt

haii.. rajin bebeno daku ni nak mengepost menulis entri hari ni ye...

nak citer ni... korang pernah guna x foot patch ? ala mcm kinohimitsu tu..yg tampal kat kaki? nak di jadikan citer aku pergi pasar malam semalam dekat area umah aku ni je. Memang hajat di hati dah lama nk try kan benda alah tu, (biasa dengar n tengok org dok citer2 je pasal benda alah tu), aku jalan2 ngan hubby ttbe nmpak ada sorg mamat ni jual detoks foot patch ni... mamat tu ckp foot patch dari korea ni kak, bang ... aku apa lagi, teruslah rasa tertarik kan nak tengok dan beli.

Akhirnya, aku beli la jugak dalam 10 paket dapat harga RM 15. Hubby daku tawar2 ngan budak laki tu dapat la kurang seringgit. Tapi budak laki tu siap pesan kat aku kalau tengah breast feeding xle pakai benda alah ni ... aku angguk2 je...yela, aku ni anak pun belum ada lagi...so, just ignore je..erm..balik rumah, smalam, aku meng try la pakai sampai ke pagi, bangun2 pagi tadi ...mak aihh.. hitamnya benda tu ... harap maap kalau hangpa rasa geli. bukan niatku hokai... :) ... aku bau benda tu mcm rumpai laut pun ada... sampai daku dok menaip2 entry ni, terbau2 lagi bau tapak kaki ku mcm rumpai laut...kakakakka...



Persoalan ku di sini, bagaimana benda alah foot patch tu berfungsi dengan megeluarkan toksik dari badan dengan hanya menampal kat tapak kaki ye? ok, aku pun tertanya2 gak... nanti aku usha2 jap .....


:: Fungsi Detox Foot Patch :: 

* Membuang Toksin / racun dlm badan, lebihan air dan cegah bau kaki
* Membuatkan badan lebih bertenaga
* Mengurangkan alergi, sakit sendi
* Melegakan sakit kepala, migrain atau stress
Menormalkan tekanan darah dan aliran darah
*Menguatkan sistem imun badan
* Mengurangkan sembelit dan kembung perut
* Membantu mengurangkan masalah jerawat / resdung
* Mengurangkan Diabetes, masalah kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan menggunakan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih
* Menyegarkan badan
* Mengurangkan sakit sendi, gout
* Juga untuk kegunaan di perut

ok, xjumpa mcm mana tapi aku jumpa yang atas ni ... dari blog http://koyok2you.blogspot.com


Apapun, kita hanya berusaha kerana yang Maha Menyembuhkan sesuatu penyakit itu hanyalah Allah SWT. tapi semalam daku tido memang nyenyak betoi tau...rasa macam puas sangat tido... huhu...Wallahualam ... :)

MASALAH GANGGUAN FASA LUTEAL

Assalamualaikum wbt

Daku terpanggil untuk sama2 share salah satu masalah kesuburan di kalangan wanita iaitu gangguan fasa luteal selain dari endometriosis, cyst, fibroid, PCOS dan seumpamanya.

Masalah gangguan fasa luteal dapat di kesan melalui OPK dan membuat BBT.

Pengalaman aku sndiri dalam 2 cycle ini, period daku jadi agak tingtong dengan sebab darah period yang keluar just spotting dan berlendir. Tapi masih sama kitarannya dalam 7-8 hari macam biasa period2 sblm ni. Selain itu, aku ada buat BBT ... so memang dah dapat di simpulkan bahawa suhu ku memang rendah dan memang x normal mcm orang lain lah kalau aku banding2 kan dengan suhu BBT org lain.

Bila waktu ovulasi, aku boleh agak bila O since start tahun 2010 aku baru perasan kalau stiap kali nak ovulasi mesti ada rasa senak kat ari2. then, apa lagi, aku try la cek OPK bila di teliti2 suhu aku mmg rendah hari tu. Dah sah ! +ve OPK tu... mmg aku dah ovulasi. Tapi yang aku hairan aku boleh ovulasi plak pada CD 10-CD11. Awal sgt kan??

ok, part tu ok lagi, yang aku bengang sket sebab fasa luteal aku dah jadi pendek. Antara DPO 7-9, my ugly period dah sampai. tak ke pelik tu? sebelum2 ni xpernah terjadi mcm ni. so, bila jadi mcm ni... haiisshhh... geram betol... tension pun ada. jadi aku dapat buat kesimpulan kalau aku ada masalah period dan kesuburan sekarang ni. kalau di kira2 cycle lenght aku dah jadi 18 hari. so memang aku period 2x sebulan. ayoo... apa penyelesaiannya ni? alamatnya memang aku amek pil perancang balik la untuk betulkan perod aku ni. hurmmmmmmmmm.....

OK, untuk keterangan lebih lanjut, suka aku kemukakan link yang boleh di rujuk kat sini.

http://www.mudahhamil.com/blog/sukar-hamil/carta-bbt-dan-gangguan-fasa-luteal/

K, Wassalam .... adios ... :)


17 January 2013

USAHA TTC KU (1)

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak cerita setakat ni usaha TTC ku... huhu... aku mula serius ttc naturally bulan sept 2012. nak tau kenapa baru aku beria2 ttc akhir tahun lepas? sebabnya...

sebelum tu dok kalut ngan treatment nak buat IVF yang akhirnya hampa belaka...

perjalanan dari rumah nak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, bukanlah dekat. Kami xkesah nak berulang dari rumah ke hospital tu... duit dah keluar mngalir macam air pun kami xkesah tapi yang menghampakan kami bila di buat TVS beberapa kali telur2 ku tidak membesar mengikut keseragamannya... mula2 cucuk gonal f 150 iu, encik suami lah yang menjalankan tugas doc di rumah untuk cucuk perut aku ni. nak harapkan aku sdiri? hurm, jgn harap...aku takut jarum..hihihi...then, buat TVS pada hari ke 6 lpas cucuk tu ada 5 biji telur di sebelah kanan ovari ku, 6mm (2 biji), 8mm,7mm, dan 4 mm. Then, sebelah kiri ovari plak ada 9 biji telur yang berukuran 5mm (3 biji), 6mm, 7mm (2 biji), 8mm (2 biji), dan 11 mm. Mendengarkan itu, besar sungguh harapan ku ... huhuhu... tapi tiba2 doc ckp suruh aku tambah dos gonal f bila cucuk pada hari ke6 selepas TVS tu kepada 225 iu. Baiklah, di turutkan saja.

Next appointment, kali ni dengan gynae pompuan lak..aritu gynae lelaki..segan betol...tapi terpaksala demi nak dapatkan zuriat kan. ok, kali ni kurang lah sket rasa malu tu TVS dgn gynae pompuan. Telur sebelah kanan ada 3 biji plak ... 16 mm dan 7 mm (2 biji) ... erm mana pegi telur2 yang lain? dah pecah ke? aiyoo... lepas tu telur kat sebelah kiri ovari plak ada 8 biji dengan ukuran saiz 8 mm (6 biji), 9 mm dan 10mm. ok, sedikit hampa since result telur ku dah  nampak xseragam kan pembesarannya?? erm.. kali ni doc ckp, myb doc lelaki tu cepat sngt suruh up kan dos ubat gonal f tu..entahla..aku pun xtau. tapi doc pompuan ni suh aku tambah lagi dos kepada 300 iu ! apala..aku ni dah jadi bahan eksperimen ke ape? ok, aku ikut je kan since aku bukan doc, diorg doc. tp masa wat TVS tu bleh plak doc tu tanya aku ada PCOS ke? aku ckp xde la coz slama ni period ok je n mmg xde masalah... lepas tu result darah semua ok. alhamdulillah. ermm.. balik la aku dengan perasaan hampa bercampur baur semuanya...

appointment seterusnya hari ke 12 cucuk gonal f, TVS lagi dengan doc pompuan tu jugak dia ckp ada 7 biji telur di ovari kanan 13 mm, 9 mm (5 biji) dan 26 mm. terkejut aku! besar gak telur sebiji tu smpai 26mm?? erm then sebelah kiri ovari lak ada 6 biji 11 mm, 14mm, 17mm, 8 mm (3 biji). Kali ni mmg aku betul2 hampa, kecewa dan apa lagi perasaan nk cakap..dah xterbayang dah masa doc ckp sori, kena postpone utk ivf sbb telur xseragam dan hanya ada 1 je telur yang mmg mengikut size yg dia nak utk buat IVF. Doc ckp xkan nak buat, takut berisiko xjadi kan... maklumlah kos IVF ni makan riban2 jugak...kalau xjadi lagi hampa kot. so, dengan rasa berat hati nya... aku REDHA.

Ok, yg aku cerita pasal treatment ni adalah berlaku pada tahun 2012... dalam bulan jun camtu lah lebih kurang. aku pun dah malas nak ingat perkara2 yang mengecewakan ni... tapi apapun aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semuanya.

aduhai, letih la jari jemariku nak menaip ni..panjang bebeno entry kali ni... nti sambung next entry ye usaha yang lain ... :) daaaaaaa...

Note : blood test progesterone day 2 period ---> 0.7 nmol/L , FSH ---> 5.5 IU/L, LH ---> 4.6 IU/L pastu Estradiol day 4 period ---> 431 pmol/L, Day 21 plak wat blood test for progesterone ---> 16.1 nmol/L & prolaktin plak 21.2 ug/L.


16 January 2013

WE HAVE BEEN MARRIED FOR ...

Assalamualaikum wbt ...

WE HAVE BEEN MARRIED FOR .... 4 Years and 5 Months.

Sepanjang perkahwinan kami, kami tak pernah minta pun untuk tidak dapat anak ...
bahkan, setiap hari kami berdoa supaya di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah suatu hari nanti.
Sedih dan terkilan sangat rasa hati bila ada yang bertanya dan berkata sinis;

"eh, belum ada anak lagi? apa rahsia ye? merancang ke?"

"bila nak ada anak?"

"dah lama sangat berdua, cubalah bertiga pulak"

"amboi, makin berisi sekarang! senang hati ye? dah  berapa bulan ni?"

Masyaallah! Memang betul mereka tidak tahu dan tidak faham apa yang kami (ttcians) rasa dan alami kerana mereka adalah golongan wanita yang di anugerahkan rezeki yang satu itu oleh Allah dengan senang.

Sedangkan kami diuji dengan ujian sukar mendapatkan zuriat dan melakukan berbagai usaha hanya untuk mendapatkan seorang zuriat!

Namun begitu, kami bersyukur kerana kami adalah salah satu pasangan yang di beri ujian oleh Allah SWT untuk sukar mendapatkan zuriat... dan kami juga percaya kalau ujian ini semua adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya. DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Cuba kita renungkan sejenak,  jika kita fikir kita adalah insan yang malang dengan mendapat ujian ini, namun ketahuilah bahawa ada lagi insan yang lebih malang daripada kita yang mendapat ujian yang lebiih sukar lagi.

Allah itu tidak zalim dan DIA memberikan kita ujian sesuai dengan kemampuan kita. percayalah kalau suatu saat nanti Allah akan memberikan kita jalan yang terbaik dan DIA akan mengabulkan permintaan2 kita pada saat yang tepat kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui atas segala2nya. :)

p/s : saya tahu bukan semua golongan org yang senang mendapatkan zuriat ni tidak faham dan tidak menyelami hati kami, ttcians, cuma sesetengahnya sahaja yang begitu. Ada juga yang memahami dan memberikan support dari segi mental dan juga fizikal. :) to those yg faham, terima kasih kerana memahami kami! hugs. <3


SALAM PERKENALAN

Bismillahhirahmanirahim ...


Assalamualaikum dan selamat petang ...

Inilah first entry daripada Mrs Z dalam usaha TTC ... 

Jadi, salam perkenalan ... hehe... harap2 dengan adanya 

blog ini dapat menguatkan lagi semangat Mrs Z untuk TTC. 

Selain itu, dapat memberikan manfaat kepada mommies di luar sana

juga yang sedang TTC. Mrs Z akan terus berblogging selagi terdaya dan sehingga conceive ...aamiin :)

Nantikan entry2 Mrs Z selepas ni dalam usaha TTC ... Semoga bermanfaat ... 

credit pic : mr google :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...