16 January 2013

WE HAVE BEEN MARRIED FOR ...

Assalamualaikum wbt ...

WE HAVE BEEN MARRIED FOR .... 4 Years and 5 Months.

Sepanjang perkahwinan kami, kami tak pernah minta pun untuk tidak dapat anak ...
bahkan, setiap hari kami berdoa supaya di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah suatu hari nanti.
Sedih dan terkilan sangat rasa hati bila ada yang bertanya dan berkata sinis;

"eh, belum ada anak lagi? apa rahsia ye? merancang ke?"

"bila nak ada anak?"

"dah lama sangat berdua, cubalah bertiga pulak"

"amboi, makin berisi sekarang! senang hati ye? dah  berapa bulan ni?"

Masyaallah! Memang betul mereka tidak tahu dan tidak faham apa yang kami (ttcians) rasa dan alami kerana mereka adalah golongan wanita yang di anugerahkan rezeki yang satu itu oleh Allah dengan senang.

Sedangkan kami diuji dengan ujian sukar mendapatkan zuriat dan melakukan berbagai usaha hanya untuk mendapatkan seorang zuriat!

Namun begitu, kami bersyukur kerana kami adalah salah satu pasangan yang di beri ujian oleh Allah SWT untuk sukar mendapatkan zuriat... dan kami juga percaya kalau ujian ini semua adalah untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya. DIA sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Cuba kita renungkan sejenak,  jika kita fikir kita adalah insan yang malang dengan mendapat ujian ini, namun ketahuilah bahawa ada lagi insan yang lebih malang daripada kita yang mendapat ujian yang lebiih sukar lagi.

Allah itu tidak zalim dan DIA memberikan kita ujian sesuai dengan kemampuan kita. percayalah kalau suatu saat nanti Allah akan memberikan kita jalan yang terbaik dan DIA akan mengabulkan permintaan2 kita pada saat yang tepat kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui atas segala2nya. :)

p/s : saya tahu bukan semua golongan org yang senang mendapatkan zuriat ni tidak faham dan tidak menyelami hati kami, ttcians, cuma sesetengahnya sahaja yang begitu. Ada juga yang memahami dan memberikan support dari segi mental dan juga fizikal. :) to those yg faham, terima kasih kerana memahami kami! hugs. <3


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi kan lah meng 'komen' ... thanks yaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...