18 January 2013

MASALAH GANGGUAN FASA LUTEAL

Assalamualaikum wbt

Daku terpanggil untuk sama2 share salah satu masalah kesuburan di kalangan wanita iaitu gangguan fasa luteal selain dari endometriosis, cyst, fibroid, PCOS dan seumpamanya.

Masalah gangguan fasa luteal dapat di kesan melalui OPK dan membuat BBT.

Pengalaman aku sndiri dalam 2 cycle ini, period daku jadi agak tingtong dengan sebab darah period yang keluar just spotting dan berlendir. Tapi masih sama kitarannya dalam 7-8 hari macam biasa period2 sblm ni. Selain itu, aku ada buat BBT ... so memang dah dapat di simpulkan bahawa suhu ku memang rendah dan memang x normal mcm orang lain lah kalau aku banding2 kan dengan suhu BBT org lain.

Bila waktu ovulasi, aku boleh agak bila O since start tahun 2010 aku baru perasan kalau stiap kali nak ovulasi mesti ada rasa senak kat ari2. then, apa lagi, aku try la cek OPK bila di teliti2 suhu aku mmg rendah hari tu. Dah sah ! +ve OPK tu... mmg aku dah ovulasi. Tapi yang aku hairan aku boleh ovulasi plak pada CD 10-CD11. Awal sgt kan??

ok, part tu ok lagi, yang aku bengang sket sebab fasa luteal aku dah jadi pendek. Antara DPO 7-9, my ugly period dah sampai. tak ke pelik tu? sebelum2 ni xpernah terjadi mcm ni. so, bila jadi mcm ni... haiisshhh... geram betol... tension pun ada. jadi aku dapat buat kesimpulan kalau aku ada masalah period dan kesuburan sekarang ni. kalau di kira2 cycle lenght aku dah jadi 18 hari. so memang aku period 2x sebulan. ayoo... apa penyelesaiannya ni? alamatnya memang aku amek pil perancang balik la untuk betulkan perod aku ni. hurmmmmmmmmm.....

OK, untuk keterangan lebih lanjut, suka aku kemukakan link yang boleh di rujuk kat sini.

http://www.mudahhamil.com/blog/sukar-hamil/carta-bbt-dan-gangguan-fasa-luteal/

K, Wassalam .... adios ... :)


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi kan lah meng 'komen' ... thanks yaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...