19 January 2013

USAHA TTC KU (2)

Assalamualaikum wbt

Ok, ini sambungan entri usaha ttc ku yang ke2 untuk mendapatkan my lil one...  :)

Dalam bulan 9 /2012, daku tahu berat badanku makin bertambah dan naik dengan jayanya selepas mengambil pil perancang yaz untuk beberapa bulan dan juga suntikan peransanga telur, gonal f antara bulan 12/2011 - 6/2012. Bayangkan dalam masa 6 bulan selepas pengambilan dan suntikan ubat2 tu, berat badanku bertambah sebanyak 7KG. wahhh... ini memang dah jadi juara besarkan badan ni..huhhh... SEDIIHHHHHHHHHH... :'( Uwaaaaaaa...waaaaa...waaa.... sobsobsobsob ....

Entah kenapa berat badanku senang sangat bertambah tetapi susah sangat nak turun.. Maka, dlm bln 9/2012 aku mula timbul kesedaran tu, aku cadang nk ambil balik satu produk untuk kuruskan badan ni sebab tahun 2011 aku pernah ambil dan memang berkesan tanpa apa2 kesan sampingan. Tapi bila ku ambil beberapa paket je, kesan sampingan tu da mula timbul .... jadi, bermula dari situ lah period ku keluar spotting sahaja dan jarang sangat keluar flow yang mcm biasa tu.

So, daku dah stop pengambilan produk kurus tu, aku try kuruskan badan dengan mengawal pemakanan dan workout plak. Tapi semua tu hanya bertahan dalam 1-2 minggu sahaja. memang berat badanku turun 2kg masa tu. Tapi after dah xingat diet dan exercise, maka badanku membesar pula seperti juara ... uwaaaaaaaa.... sedih lagi sekali... dlm masa yang sama aku cuba TTC secara natural yang akhirnya tidak membuahkan hasil yang diingini.

Period ku tetap spotting mcm gini jugak sampai sekarang. pernah sekali 2/11/2012 periodku datang tanpa di duga selepas aku pakai satu losyen mustajab kat perutku waktu malam...then, keesokan tgaharinya, dia datang dgn rasa cramp perut skjap. mula2 daku pikir nk ovulation kot, tapi rupe2nya si cik P yang nk datang. tp yang bestnya, flow periodku kali tu normal n banyak jugak... ermm... itulah kali terakhir flow cik p yang normal...Hampa.... daku stress dan rasa kosong sgt sekarang ni... xtau lagi apa nak fikir untuk buat periodku kembali seperti dulu. tapi daku perasan setiap kali makan benda2 sejuk mcm buah2 tempatan ke, rasa mcm senak je kat ari2 terutamanya kat sebelah kiri dan semasa aku nk tunduk. Maksudnya, perutku mcm menekan ke bawah dan ari2 terasa senak.

Pernah dalam bulan 12/2012 daku mngikut nasihat seorang kwn yang juga TTC sepertiku suruh daku minum air kelapa untuk bg flow period lancar, daku try juga selama 4-5 hari turut2, haiiihh.. xjalan jugak periodku ni..degil...masih sama... lepastu, ada juga ku try air kunyit dan minum coke, hasilnya adalah sket kua darah yang cair tapi warnanya merah pekat... masih juga dalam kategori xberhasil ni. erm... entah apa lagi lah usaha ku lepas ni nak bagi periodku lancar... ada cadangan x kawan2?

ok, stop dulu psl period tu. then, daku pernah beli set kesuburan susu Al Khisbun dan Hulba dalam bulan 12/2012. minum pun jarang2 je, daku kasi juga husband ku minum. Tapi itu pun kalu daku yang bancuhkan, kalau x, jgn harap dia nak sentuh... aisshhh... tu lah lelaki kan.. semuanya nak harapkan wife die yang buat semua benda untuk dia...  opsss! termeluah  perasaan hati plak.  sori, xsengaja. ok, abaikan. so, sampai sekarang masih lagi dalam proses pengambilan al khisbun ni. Hulba tu daku amek dengan madu. lebih sedap dan sekali masuk mulut je. yang susu tu plak daku xtahan ..tapi daku minum saja, sekali minum tutup hidung. hehe... xpe, daku rela untuk mendaptkan rezeki yang satu itu. ermm...


selain daripada tu, masa period, daku ada juga minum air taugeh yang di katakan boleh menyuburkan rahim kita. daku rendam kacang hijau tu 1-2 hari berturut2... selepas tu daku buang airnya, nmpak kacang hijau dah bercambah, aku masukkan dalam bekas mcm penapis tehh tu. daku letak penapis teh tu atah bekas yang berisi air. keesokannya tgk da makin bercambah, apa lagi, daku ambil segenggam dan rebus dengan 2 cawan air selama lebih kurang 10-15 minit. then, dapat secawan, daku minum lah waktu pagi before sarapan. daku cuma dapat minum 2 hari je sebab xtahan sangat dengan bau dan rasa dia... tapi sebenarnya yang xsedap itu lah ubat... hihihi... ok, jgn tiru mcm daku... seeloknya minulah dari hari pertama period sampai hari O ... ok?

Ermm, apa lagi ye usaha yang ku lakukan? rasanya itu jela dulu kot wat masa sekarang, untuk masa akan datang, daku xtau apa yang akan berlaku. walaupun daku tau usaha ku tidak lah seberapa seperti pasangan suami isteri yang lain, tapi sekurang2nya janganlah kita xberusaha langsung kan...

Jumpa lagi next entri ... :) Wassalam ...





No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi kan lah meng 'komen' ... thanks yaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...