17 January 2013

USAHA TTC KU (1)

Assalamualaikum wbt

Hari ni nak cerita setakat ni usaha TTC ku... huhu... aku mula serius ttc naturally bulan sept 2012. nak tau kenapa baru aku beria2 ttc akhir tahun lepas? sebabnya...

sebelum tu dok kalut ngan treatment nak buat IVF yang akhirnya hampa belaka...

perjalanan dari rumah nak ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, bukanlah dekat. Kami xkesah nak berulang dari rumah ke hospital tu... duit dah keluar mngalir macam air pun kami xkesah tapi yang menghampakan kami bila di buat TVS beberapa kali telur2 ku tidak membesar mengikut keseragamannya... mula2 cucuk gonal f 150 iu, encik suami lah yang menjalankan tugas doc di rumah untuk cucuk perut aku ni. nak harapkan aku sdiri? hurm, jgn harap...aku takut jarum..hihihi...then, buat TVS pada hari ke 6 lpas cucuk tu ada 5 biji telur di sebelah kanan ovari ku, 6mm (2 biji), 8mm,7mm, dan 4 mm. Then, sebelah kiri ovari plak ada 9 biji telur yang berukuran 5mm (3 biji), 6mm, 7mm (2 biji), 8mm (2 biji), dan 11 mm. Mendengarkan itu, besar sungguh harapan ku ... huhuhu... tapi tiba2 doc ckp suruh aku tambah dos gonal f bila cucuk pada hari ke6 selepas TVS tu kepada 225 iu. Baiklah, di turutkan saja.

Next appointment, kali ni dengan gynae pompuan lak..aritu gynae lelaki..segan betol...tapi terpaksala demi nak dapatkan zuriat kan. ok, kali ni kurang lah sket rasa malu tu TVS dgn gynae pompuan. Telur sebelah kanan ada 3 biji plak ... 16 mm dan 7 mm (2 biji) ... erm mana pegi telur2 yang lain? dah pecah ke? aiyoo... lepas tu telur kat sebelah kiri ovari plak ada 8 biji dengan ukuran saiz 8 mm (6 biji), 9 mm dan 10mm. ok, sedikit hampa since result telur ku dah  nampak xseragam kan pembesarannya?? erm.. kali ni doc ckp, myb doc lelaki tu cepat sngt suruh up kan dos ubat gonal f tu..entahla..aku pun xtau. tapi doc pompuan ni suh aku tambah lagi dos kepada 300 iu ! apala..aku ni dah jadi bahan eksperimen ke ape? ok, aku ikut je kan since aku bukan doc, diorg doc. tp masa wat TVS tu bleh plak doc tu tanya aku ada PCOS ke? aku ckp xde la coz slama ni period ok je n mmg xde masalah... lepas tu result darah semua ok. alhamdulillah. ermm.. balik la aku dengan perasaan hampa bercampur baur semuanya...

appointment seterusnya hari ke 12 cucuk gonal f, TVS lagi dengan doc pompuan tu jugak dia ckp ada 7 biji telur di ovari kanan 13 mm, 9 mm (5 biji) dan 26 mm. terkejut aku! besar gak telur sebiji tu smpai 26mm?? erm then sebelah kiri ovari lak ada 6 biji 11 mm, 14mm, 17mm, 8 mm (3 biji). Kali ni mmg aku betul2 hampa, kecewa dan apa lagi perasaan nk cakap..dah xterbayang dah masa doc ckp sori, kena postpone utk ivf sbb telur xseragam dan hanya ada 1 je telur yang mmg mengikut size yg dia nak utk buat IVF. Doc ckp xkan nak buat, takut berisiko xjadi kan... maklumlah kos IVF ni makan riban2 jugak...kalau xjadi lagi hampa kot. so, dengan rasa berat hati nya... aku REDHA.

Ok, yg aku cerita pasal treatment ni adalah berlaku pada tahun 2012... dalam bulan jun camtu lah lebih kurang. aku pun dah malas nak ingat perkara2 yang mengecewakan ni... tapi apapun aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semuanya.

aduhai, letih la jari jemariku nak menaip ni..panjang bebeno entry kali ni... nti sambung next entry ye usaha yang lain ... :) daaaaaaa...

Note : blood test progesterone day 2 period ---> 0.7 nmol/L , FSH ---> 5.5 IU/L, LH ---> 4.6 IU/L pastu Estradiol day 4 period ---> 431 pmol/L, Day 21 plak wat blood test for progesterone ---> 16.1 nmol/L & prolaktin plak 21.2 ug/L.


No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi kan lah meng 'komen' ... thanks yaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...