03 April 2013

SUHU (BBT) KU KEMBALI NORMAL

Assalamualaikum wbt

Syukur ... Alhamdulillah


Syukur alhamdulillah... suhu BBT ku kembali normal..apakah kerana kesan dari pengambilan duphaston? mungkin kah juga kerana tiada rasa stress ber TTC atau apakah juga kerana penurunan berat badan ku beberapa KG? atau mungkin kah juga kerana ....arrgghh ... xtau la... tapi yg penting... daku sangat bersyukur ... 

apa yg berlaku ada dengan izin Allah SWT juga ... suhu ku sekarang paling tinggi 36.65 then 36.5, 36.4, 36.3 erm ... dah x rendah macam dulu lagi ... yang sebenarnya daku dah derhaka dengan gynae sebab sepatutnya duphaston tu daku kena amek 3 cycle tapi aku amek 2 cycle jer ...  huhu ... harap2 xde apa2 kesan negatif pada hormon aku ...

21 March 2013

MASALAH HORMON

Assalamualaikum wbt

pic dari Google



sebenarnya aku dah pening dan xtau apa nak fikir dah dengan masalah hormon aku yang x stabil ni... daku rindukan saat-saat hormon ok seperti dulu... sobsobsob ...

Hormon progesteron masih rendah...dan sekarang ni cik p ku plak wat hal x mau datang2 lagi ... tanda-tanda macam cik p nak datang tu dah ada... tapi kenapa belum sampai2 lagi ye... erm? macam keretapi jer... hehe... 

aarggghh, kalau di fikir2 kan makin tension sebenarnya...so, baik aku x payah fikir... biarkan ianya berlalu dengan smooth ... 

jangan fikir sangat ok. 

kita tengok nanti next month macamana... semalam last makan duphaston untuk 2nd cycle. sepatutnya semalam dah kena pergi ambil duphaston for 3rd cycle kat farmasi... tapi my hubby sangat lah sibuk kebelakangan ni, maybe hari ni bleh ajak die pergi ambil ubat... :)

note : harini CD 34... sepatutnya CD 28 macam tu dah datang cik p :(

15 March 2013

JURURAWAT KE JERAWAT

Assalamualaikum wbt


apa nak jadi lah dengan hormon ku yang sedang tunggang langgang sekarang ni ... serius cakap, sejak hormon  xbetul dan sejak tau ada cyst kat ovari ni ... hormon jadi x betul ... jerawat-jerawat yang cantik jelita pun suka sangat datang menyinggah dan tak mau pulang-pulang dah ... sobsobsob... sedihhhh...

jerawat ni datang tidak di undang sejak beberapa bulan lalu...adalah dalam bulan Nov / Dec 2012 sampai lah saat ni belum lagi menunjukkan tanda-tanda nak hilang... biasalah kalau hormon problem, macam-macam masalah jadinya ... aku dah siap tukar facial wash lagi ...hihihi...

ini lah jerawat di pipi ku yg tidak surut-surut... sebelum-sebelum ni kalau jerwat datang pun sekejap je, lpas sapu ubt jerawat atau cream, dia akan hilang dan terus lenyap... tapi tidak untuk kali ni ...huhuhu...

10 March 2013

TERSENTUH HATI

Assalamualaikum wbt


Baru kejap ni baca entry kat blog Puan Stoberi ... (sila klik) berkaitan sensitif orang yang belum ada zuriat ni ... sayu plak hati ni memang betul kami ttcians cepat sensitif berkaitan zuriat ... dan memang saya boleh rasa sangat apa yang di rasakan oleh ttcians ... hanya orang yang mengalaminya sahaja yang memahami bagaimana rasanya ... walaupun sama jantina, sama umur dan sama tempat kerja ... tapi bila menyentuh kalau 'situasi' macam ni ... mungkin kah akan sama juga? hakikatnya serupa tapi x sama ... - berbelit ayat aku ni.. kakakaaaa... 

pic en google

semalam aku ada jumpa adik ipar ku yang pregnant 6 bulan , tengok pada perut dia yang makin membesar dan sihat tu... memang aku automatically rasa sayu sangat... rasa tu memang sampai ke dalam dasar hati ni ... xdapat nak bayangkan dengan kata-kata ... aku cuba control sebab xmau teremosi sangat... buat-buat biasa je... Ya Allah, betapa teringin sangat nak rasa pengalaman tu ... macamana rasanya membawa perut yang memboyot tu, macamana rasanya alahan, macamana rasanya di manjakan suami ketika hamil, macamana rasanya sakit bersalin, macamana? macamana? macam-macam yang aku fikir dan rasakan sekarang ni. daku perasan air muka suamiku berubah... memang sedih kan... siapa yang x nak zuriat? siapa yang x nak anak? x kan kami nak tunjukkan betapa berusaha nya kami untuk dapat zuriat ... orang lain dok sembang-sembang planning psl x nak tambah anak lagi, pengalaman mengandung, pengalaman bersalin la dan macam-macam ... siapa yang x sensitif dan siapa yang akan jadi sensitif sekarang? memang logik la kan ... 

pic en google 

adik ipar ku yang sorang lagi sibuk gak dok tanya-tanya pasal percutian ke luar negara kami bulan depan ...  dia cakap kami selalu sangat bercuti, bestnya.. dari nada suara dan riak muka , aku tahu macamana rasanya cemburu. sebab itu jugak aku x cakap panjang pasal benda-benda berkaitan percutian. dia selalu cakap susah dengan anak-anak kecik nak jalan-jalan. aku tengok ramai je famli yang ada anak ramai tu bercuti.., pernah aku bercuti ke indonesia tahun lepas, tengok ada je famli yang ada anak 3-4 orang bercuti bawak anak-anak diorang skali (keluarga dari Malaysia juga). lagipun keluarga dia bukanlah orang susah ... terpulang pada sikap pasangan dan diri masing-masing ... : p  

oleh itu, cehh...  erm aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan aku seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang dan dapat membimbing aku ... (w/pun blom level tok imam lagi - insyaallah 1 day) tapi sekurang-sekurangnya aku bersyukur ... mempunyai suami yang sentiasa memahami dan selalu ada di samping aku dalam apa sahaja situasi. - walaupun rezeki untuk mempunyai zuriat masih belum ada tanda-tanda ... :(

Allah itu Maha Adil ... dan aku memang percaya kalau suatu saat nanti Allah akan mengabulkan doa-doa kita (ttcians) untuk mendapatkan zuriat... tidak cepat dan tidak terlambat tapi pada satu saat yang tepat ... anugerah yang satu itu akan hadir jua ... :)


08 March 2013

TTCians

Assalamualaikum wbt


selama daku bergelar ttcians ni, memang banyak sangat info dan ilmu TTC yang ku dapat ... contohnya dari segi pengetahuan tentang hormon badan sendiri, tentang BBT, tentang Cervical Mucus (CM) - CM waktu subur macamana,CM waktu xsubur macamana, tentang nak cek Cervic Position (CP), dan macam - macam lagi lah kalau nak cerita... dan aku percaya kebanyakan ttcians yang dah lama TTC boleh di katakan lebih tahu dan arif tentang ilmu TTC ... 

pic en google

itulah hikmah tersurat yang kita (ttcians) dapat lihat bila ber TTC. Allah xjadikan sesuatu perkara tu dengan sia-sia. pasti ada sesuatu yang Allah ingin berikan kepada kita... kalau sebaliknya, ada ke kita kesah nak temping BBT setiap pagi? ada ke kita kesah apa benda tu IVF, IUI, dan mcam-macam lagi ... konsep dia sama je, contohnya kalau kita kena apa-apa penyakit (Ovarian Cyst) ke, macam aku ... xde lah aku nak amik tau dengan detail sangat pasal penyakit ni kalau aku xalaminya... bila dah kena, semua info-info berkaitan aku cari dan kumpulkan... :)

apapun, just think positive jer... saja daku post entry ni hanya untuk memotivasikan diri sendiri... apa yang berlaku, pasti ada HIKMAH di sebalik semuanya... Usaha, Doa dan Tawakkal !

p/s : ttcians semua yang aktif berblogging, teruskan update info-info selama TTC, semoga kita sama-sama dapat share sedikit sebanyak info... ada blog-blog TTC yang ku follow, maybe banyak lagi blog-blog TTC lain yang aku belom jumpa ... apapun, thanks ya semua yang kongsi info ... :) thanks juga jika ada yang sudi follow ku dan masukkan dalam list ... keep update yaaa !


07 March 2013

LEMON DAN MADU

Assalamualaikum wbt


Aku rasa dah dalam beberapa minggu lepas aku da beli lemon kat tesco, Ermm... lemon dalam peti ais tu pun dok tercongok and tunggu masa je untuk aku kupas dan makan buat jus...sejak beberapa hari ni... aku ada mengamalkan minum jus lemon dan di campurkan dengan madu sket... daku akan minumm setiap awal pagi sebelum sarapan. ini cuma usaha ku untuk menjaga kesihatan. 

macam yang aku buat, hiris beberapa hirisan keping lemon (2-3 hiris je) masukkan dalam secawan air suam dan kemudian masukkan sesudu madu asli atau ikut suka la eh nak rasa manis macamana tu... then kacau sket... minum!

bila ku google-google, banyak jugak kebaikan lemon dan madu ni... jom kita tengok ape kebaikannya....

1. Menurunkan Berat Badan

Anda dapat menambahkan beberapa tetes madu dalam segelas minuman lemon hangat. Selain membakar kalori, minuman ini juga mengandung banyak asam sitrat dan antioksidan. Anda bisa meminumnya sebelum atau setelah makan.

2. Menyembuhkan Gangguan Pencernaan

Kombinasi air hangat, jus lemon, dan madu, dapat membantu membersihkan racun (detoksifikasi) dan membuat kulit bersinar.

3. Mengobati Sakit Tekak

Tenggorokan Anda terasa gatal saat batuk? Atasi keluhan tersebut dengan minuman ini. Madu memiliki sifat anti-bakteri yang dapat membunuh bakteri dan kuman yang menyebabkan masalah tenggorokan. Sedangkan air hangat juga dapat membantu membersihkan tenggorokan dan mengencerkan kahak.

4. Mencegah Batu Ginjal

Sering menahan kencing, minum sedikit air, dan asupan kalsium yang berlebihan dapat menyebabkan batu ginjal. Untuk mencegah keluhan itu, Anda dapat menyeruput jus lemon madu secara teratur, karena minuman ini dapat menghilangkan kelebihan kalsium dari darah dan tubuh.

5. Mencegah Kanser Usus Besar

Madu memiliki banyak antioksidan yang dapat melawan pembentukan tumor. begitu pula dengan lemon yang juga kaya antioksidan. Tak heran bila jus lemon madu dapat membantu melawan risiko kanker usus besar, bila dikonsumsi secara teratur.



pic en google

Oke, selain itu, banyak lagi  kebaikan dan khasiat jus lemon dan madu ni... jom klik sini plak ... dan sini lagi oke, semoga bermanfaat ... :)

p/s : selamat mengamalkan minum jus lemon + madu setiap pagi ...hehe..

06 March 2013

MeleTOP - Parody Tube: Sore Eyes



dok tengah tensi-tensi t'jumpa video ni... ok, memang kelakar lah jihan ni ... hahaha...

p/s: sekadar hiburan petang... :)

Bermacam Ragam Manusia

Assalamualaikum wbt



haishhh ... bermacam ragam manusia ni kan ... sedih, kecewa, geram, semua ada... tapi yang penting sekarang ni SABAR jela ... hurm...

Tiba-tiba teringat plak kata-kata motivator di sekeliling aku ... jangan cari redha manusia... cari lah redha Allah... insyaallah semuannya akan baik-baik sahaja dan hidup pun lebih tenang... ok, aku cuba pujuk hati sendiri... apa yang penting ialah mencari redha Allah SWT ... xkira lah  apa sahaja yang kita lakukan ...

Oke, Chaiyoook Mrs Z ... don't be upset and never ever give up !


05 March 2013

Masalah Oh Masalah !

Assalamualaikum wbt


Setiap yang bergelar manusia, makhluk ciptaan Allah SWT tidak lari daripada menghadapai masalah. Cuma, setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza... ada yang mempunyai masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah sosial, dan berbagai-bagai masalah lagi ...

bagi aku sendiri, masalah utama yang ku hadapi ketika ni adalah masalah kesihatan dan masalah sosial ... huhuhu... bagiku, semua tu bukanlah masalah tetapi itu lah ujian dari Allah untuk ku ... ini lah bahagianku ... sukar mendapatkan zuriat, masalah ahli keluarga seperti orang tua daku, anak saudara, kakak ipar,  --- > (semuanya tu datang pada aku bertalu-talu ) dan sikap aku sendiri... (berperang dengan diri sendiri dalam usaha untuk berubah ke arah kebaikan dari segi sikap dan pemakaian)

setiap orang mempunyai kehendak dan matlamat masing-masing yang ingin dicapai. Bagi aku, banyak benda yang aku dah mula belajar sekarang ni. setiap baik buruk yang berlaku dalam hidup aku, aku jadikan pengajaran dan tauladan ...

apa yang baik aku ambil sebagai contoh, dan yang sebaliknya aku buang jauh-jauh dan jadikan pengajaran supaya semua tu tidak berlaku atas diriku dan orang-orang yang ku sayang ... :)

Banyak perkara yang membuatkan aku berfikir banyak dan dalam sekarang ni... contohnya, wanita-wanita di sekelilingku yang ada anak samada anak dah besar atau masih kecil, bukan senang nak mendidik anak. aku nilai acuan mereka, ternyata yang aku jumpa adalah DIDIKAN AGAMA yang paling penting sejak dari kecil. kalau xde basic 'yang satu' ni pada anak-anak sejak kecil, kita jangan berharap untuk lihat sesuatu yang berkaitan dengannya (agama) semasa mereka sedang meningkat dewasa.  

OK, dari situ aku belajar salah satu ilmu keibubapaan yang penting dalam mendidik anak-anak kelak. Ya Allah, besar rupa-rupanya tanggungjawab menjadi ibu dan ayah. selama ni aku hanya terfikir untuk ada zuriat ku sendiri jer... xsangka sebenarnya dalam perjalananku sedang berusaha untuk mendapat zuriat, terselit hikmah yang Allah ingin tunjukkan padaku... Terima Kasih Ya Allah... 

pic : en google

04 March 2013

Account Google+ Suspended

Assalamualaikum wbt

poning kepala den... akaun ku suspended lak..xdapat nak buat gadget follower... haish..dari bulan lepas lagi daku dah try2 wat...xdapat2 jgk... ada sesiapa dapat bantu saya macamana nak setel ye ... kepada otai-otai blogger, pakar-pakar masalah blog ... huhuhu... sadis tau xdapat add follower... :(

HELP ME! HELP ME! sobsobsob :'(


source pic : en google

03 March 2013

FISH OIL

Assalamualaikum wbt

sebenarnya dah lama gak daku simpan entry ni... nak citer pasal supplement fish oil ni ... beberapa minggu lepas daku ada beli fish oil ni... brand bio life ... selepas diskaun, dapat lah RM 19.80 untuk 30 biji kat farmasi yang daku ada no ahli kat situ.. hehehe :)

al kisah nya ... aku dok google-google pasal omega 3 dan fish oil ni sebab sbelum ni aku ada post kan pasal kolesterol tinggi ku ..huhu... jadi daku search-search la jugak supplement apa yang baik untuk orang yang macam aku ni ... so...

...



...



...



...



...




...


tadaaaaa....



ntah apa-apa la kan mrs z ni ... ah whatever lah ye... nak tunjuk gak gambar fish oil yang aku beli beberapa minggu lepas dan baru beberapa biji je yang aku dah makan ... hahaha... sangat berdisplin betul aku ni...agak lah... ubat pun susah nak makan ... ini kan pula supplement... tapi apa pun, dah alang-alang beli ni, makan la kan...aku akan cuba ..hehe...besor gedabak sebiji-sebiji fish oil ni... kalau compare dengan vitamin E, vegecap fish oil lagi besaq naa... haha... mahu nya tercekik gak kat tekak ni kalau minum air sket... so bila nak telan makan fish oil ni, daku dah siap-siap sediakan satu gelas besar air mineral @ air suam @ air kosong @ ayaq jarang @ air masok ... hehe... macam-macam je aku ni kan...ngengada je lebih ... 

ok, daripada dok citer-citer pasal aku dan fish oil ni, baik kita tengok apa kebaikan fish oil ni ... 


Minyak ikan (fish oil) adalah salah satu sumber yang paling terkenal dari asid lemak Omega-3.Omega-3 asid lemak tak tepu ganda seperti asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), memainkan peranan penting dalam fungsi normal dari sistem saraf, kardiovaskular dan immnune.

Kontra-Indikasi / Perhatian:


- Minyak ikan memberikan sebuah kesan penipisan darah ringan dan boleh melanjutkan masa perdarahan. Ini harus digunakan dengan berhati-hati dengan
agen menipis darah seperti warfarin, aspirin, ginkgo biloba, bawang putih dan vitamin E pada dose yang tinggi. Sesetengah individu yang mempunyai masalah pencernaan lemak mungkin akan merasa mual ketika mula mengambil capsule minyak ikan.

Kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan mempunyai banyak kebaikan yang menakjubkan. Hampir setiap hari ada saja laporan-laporan dari penelitian para saintis diterbitkan membuktikan kehebatan Omega 3 yang ada dalam minyak ikan.



Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.

1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan :
Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan  seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular :
Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.

3) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung :
Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan  Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.

4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan :
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis :
Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).

6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder :
Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder)  dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

7) Menyokong kesihatan mata :
Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)

Semoga Bermanfaat ! wassalam :)

26 February 2013

CYST / FIBROID & GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum wbt


kredit pic en google :)

Semalam daku ada sembang-sembang dengan sorang kawan ni, dia pun ngah sedang TTC gak macam aku... cuma bezanya dia dah ada sorang anak 11 tahun yang lepas. Ok, berbalik kepada topik entry sebenar, die ada cakap kat aku dia ada sakit yg lebih kurang macam aku jugak, biasalah... masalah orang perempuan, all about Period ! 

Dia cakap ada sakit kat ari-ari sebelah kanan dan sakit pinggang ... xleh duduk lama-lama menang sakit pinggang sangat (belakang) . ok, ni memang sama dengan aku... sebijik .... so, aku cadangkan dia pergi scan kot-kot ada cyst gak mcm daku ... tapi dia macam menidakkan apa yang aku cakap - dah pernah gi scan sebelum dapat anak dia yang sekarang dah darjah 5. ok, aku senyap je... malas nak cakap lebih-lebih. then, tetiba dia cakap pasal gangguan makhluk halus lak ... ok, aku tidak menafikan semua yang dia cakap tu... (sebenarnya banyak lagi yang dia cerita pasal benda-benda tu, tapi xlarat lak daku nak menaipnya)

Dia cakap nak pergi jumpa bomoh. pegang perut je, pakcik tukang urut tu xurut pun ...  itu lah yang dia bagitau aku dan hubby dia depan kami suami isteri. Dia ada ajak aku. Tapi daku xde rasa nak ikut pun, memang betul itu satu ikhtiar tapi aku rasa ... entahla  ye.. hehehe... ada sorang ustaz cadangkan kami berubat dengan membaca ayat-ayat Al - Quran kalau nak berubat dan jangan pergi dengan sebarang bomoh yang berubat dengan cara pelik-pelik serta jampi serapah semua bagai.

Sebenarnya, permulaan aku sakit pinggang (rasa sakit tu macam mencucuk-cucuk dan lenguh2 pinggang) ni sejak 2010 lagi. permulaan jadi sakit pinggang ni, ada lah satu hari tu aku dah siap lipat kain dan nak simpan kain-kain yang dah lipat tu dekat almari. masa nak tunduk tu, tetiba je pinggang aku rasa mencucuk-cucuk kat sebelah kanan (belakang) ni. dia macam datang dengan tiba-tiba dan rasa mcm ada orang cucuk kat situ dengan benda tajam... aduhhh! memang aku mengaduh lah time tu. sakit dan memang xpernah rasa sakit camtu sebelum-sebelum ni. 

Erm, time tu aku masih belajar kat U. so, memang kalau nak study atau exam lenguh sangat pinggang ni sebab kena duduk atas kerusi kan. cuma time study kat bilik jela daku bleh baring-baring sampaikan pernah roomate @ classmate aku cakap... amboi mrs z ni study xpernah duduk kat meja study, atas katil je baca buku n wat assignment... yang peliknya lulus jugak, dapat A jugak... kakaka... perasan lebih kan aku ni... ok, yang aku nak cerita pasal sakit pinggang tu la ... Ya Allah, kalau nak bangun tu... memang xleh nak describe terangkan lah camana rasa sakit tu... mcam nak patah je pinggang ni... :(

sekarang ni pun, even tengah menaip ni memang aku masih rasa sakit pinggang ni. rasa mcam mula-mula sakit dulu... huhuhu... 

ok, apapun, jom kita tengok link ni www.mialiana.com, sangat bermanfaat. then, boleh jugak tengok Link ni. oke.  haa... lagi satu aku jumpa Link yang menarik. Baca jangan x baca oke... semoga bermanfaat !


23 February 2013

PERUTKU CRAMP

Assalamualaikum wbt


kredit pic encik google :)

Hari ni masuk hari ke-6 period flow ku heavy ... Ya Allah, harap-harapnya janganlah terus bleeding heavy cenggini ... di tambah plak dengan cramp perut nya ... 

aku bagitau hubby maybe sebab dah 2 bulan period flow ku x ok sebelum ni, so that's why la period flow ku kali ni jadi heavy plak lepas amek ubat duphaston dan ubat herba cina (ubat tolak period) ...

rasa macam hari ke-2 atau ke-3 period plak bila flow camni ... :( 

mula-mula daku suka sangat sebab period flow ku dah kembali normal... tapi ni macam dah xnormal jer ... xmacam period sebelum-sebelum ni jer... hohoho... panik! Xpela, kita tgk dulu beberapa hari lagi camne... 

21 February 2013

RESULT UJIAN DARAH

Assalamualaikum wbt

kredit pic en google

semalam balik dari hospital yang appointment tak jadi tu, daku pergi ambik ubat duphaston kat farmasi GH untuk 2nd cycle dan juga result ujian darah  FSH dan LH aku kat Gribbles Pathlab... 

So, aku sendiri pun kurang pasti dengan tafsiran result aku ni ...

FSH : 4.9 IU/L
LH : 6.8 IU/L

Range result yang di beri untuk pathlab ni ...

          FSH                                                                         LH

Follicular Phase     3.5 - 16.0                            <15.0       <-- Ini range aku ! (mcm agak rendah je)
Midcycle Peak     8.0 -30.0                           15.0 - 75.0
Luteal Phase        1.8 - 12.0                            <15.0
Postmenopausal   > 25.0                                 5.0 - 50.0

CYST KU MENGECIL @ MENGECUT

Assalamualaikum wbt

                                                                    kredit pic : en google

Semalam daku dah pergi hospital untuk appointment IVF tu kan... sekali prof tu EL la plak... adoiyaa... so nurse bagi tarikh temujanji lain.. tapi lambat la plak... bulan April tu .. hurmm.. sebulan lebih lagi kan... aritu nak tggu dapat tarikh appointment yang semalam pun dekat sebulan lebih jugak... tu la kan.. kalau lah daku dah punya ada duit lebih... memang aku pergi hospital swasta... xsanggup dah nak tunggu lelama cenggini... lebih-lebih lagi bila dengar pasal dr prashant kat KL fertility tu, lagi lah daku rasa nak sangat proceed IVF kat sana... :(

Semalam dok sembang2 dengan gynae lagi sorang tu, kebetulan aku ada bawak file yang ada result ujian darah aku semua... termasuk ujian darah kolesterol tinggiku... huhu.. die nasihatkan aku jumpa pakar diet dekat unit diatetik (betul ke eja ni) erm, so aku setuju. elok gak tu. dia cakap kalau aku preggy sekarang pun dengan kolestrol tinggi dalam darah, memang xelok. 

Ok, sebelum tu, aku ada bgtau gak kat dia kalau aku ada cyst 5x3cm... die ckp kalau sebesar tu maybe aku kena bedah... then, aku mintak untuk scan. Dia scan n ckp "ooo... ini cyst folikel je, 3x2cm ... so, xpayah risau... dia akan mengecut". lepas je doc ckp camtu, rasa syukur Alhamdulillah sangat. aku dapat tengok gak imej cyst ku dekat screen tu. SAH ! memang dah kecik sket dari sblm ni... sebenarnya daku xkesah pun kalau kena operate, since untuk kebaikan dan memudahkan aku preggy, aku rela semuanya... tapi bila gynae dah ckp camtu syukur sangat ... apapun. tnggu saja next appointment ku nanti... huhuhu...

persoalanku sekarang, macamana cyst tu boleh mengecil? mungkin kah sebab period flow ku dah ok selepas ambil ubat herba cina tu? atau sebab amek duphaston? atau sebab masa raya cina aitu hari daku memang banyak sangat makan limau mandarin... (dlm sehari boleh sampai 10 biji - ok, agak melampau di situ <-- berkaitan ke? tapi menurut Dr. Hamid Arshat elok makan lemon kan bagi yang ada cyst atau fibroid) atau pun... entah la ye... apapun yang pasti, aku percaya semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua... harap-harap selepas ni cyst ku akan terus hilang dan jangan muncul2 lagi ye... Aamiin ... :)

18 February 2013

BLOOD TEST : FSH & LH

Assalamualaikum wbt



pagi tadi aku buat blood test ujian darah untuk day 2 ... FSH dan LH ... walaupun sebenarnya arini bukanlah day 2 tapi day 3... erm, ok jer... yg aku tau FSH dan LH ni bleh wat dari day 2 - 5 rasanya ... bleh baca link ni ... ok, yang tu pasal range result nya kan... bukan psl hari ke berapa buat blood test tu... cer tengok link ni plak ... ok? done ...

tadi daku buat blood test tu dekat gribbles pathlab je... dah memang biasa kat pathlab tu...sampaikan staff pathlab tu pun dah kenal aku... huhu... harga bagi setiap ujian darah kat pathlab tersebut :

1. FSH - RM 39.00
2. LH - RM 26.00
3. ESTRADIOL - RM 32.50
4. PROGESTERONE - RM26.00

Erm, kalau di kira-kira dah beratus dah daku laburkan ongkos kat pathlab tu.. :)
kiranya pelabur yang berjaya jugak daku ni.. dan jugak pengunjung yang setia... hahaha... 
apapun ku sanggup asalkan jangan benda-benda yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain ... masa first time staff pathlab tu nak cucuk jarum, punyalah aku seram... aku takut jaruuuummmm... tapi sekarang ni bila dah biasa buat dan banyak kali sangat... rasa mcm kena gigit semut je ... cehhh, berlagak jer lebih aku ni kan... erm.. not good ok... 


17 February 2013

DEDICATED SONG TO ALL TTCian's



I would die for that

Jenny was my best friend.
Went away one summer.
Came back with a secret 
She just couldn't keep.
A child inside her,
Was just too much for her
So she cried herself to sleep.

And she made a decision
Some find hard to accept.
To young to know that one day
She might live to regret.

But I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that she had.
I would die for that.

I've been given so much,
A husband that I love.
So why do I feel incomplete?
With every test and checkup
We're told not to give up.
He wonders if it's him.
And I wonder if it's me.

All I want is a family,
Like everyone else I see.
And I won't understand it
If it's not meant to be.

Cause I would die for that.
Just to have one chance
To hold in my hands
All that they have.
I would die for that.

And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
For that kind of love,
What I'd give up!
I would die for that.

Sometimes it's hard to conceive, 
With all that I've got,
And all I've achieved,
What I want most 
Before my time is gone,
Is to hear the words
"I love you, Mom."

I would die for that. 
Just to have once chance
To hold in my hands
What so many have
I would die for that.

And I want to know what it's like
To bring a dream to life.
How I would love
What some give up.
I would die ...
I would die for that.


mood :: Sedey plak petang2 cenggini ... 
apapun, teruskan TTC ... <3 

UBAT HERBA CINA

Assalamualaikum wbt

Semalam daku dah pergi beli ubat herba cina untuk lancarkan cik p. Auntie kedai herba tu ckp ubat tolak period... Hehe... 1 botol kecik tu ada lah 15 biji dan harga rm 30. Cara makannya 3 biji skali makan 2 x sehari semasa perut kosong. Minum dengan air suam. Ini lah ubatnya.... Hehe...

Daku dah ambik mlm smlm 3 biji dan pagi ni 3 biji... So tinggal lagi 9 biji... Kita tengok nanti camne... Arap2 nya dengan izin Allah cik p ku kembali ok... Huhuhu...

Erm... Ms nak beli ubat semalam Auntie tu siap tnya detail lagi period skrg hr ke berapa? Flow kluar mcm mana? Darah warna apa? Skrg plan nk pregnant x? Detail kan? Mestilah... Mcm pharmacist gteww... Kan jadi apa2 kat patient die...die jugak yg susah... Aku pun susah maa...

Ok, cenggini die cdg kan aku ambil skali ngan pil lagi satu untuk kesuburan katanya... Bagi telur keluar ...maksudnya, nanti after telan pil tolak period tu dia suh amek pil keluar telur plak... Bagi aku, biar lah dulu yang tu... Sbb skrg ni aku just nak bg cik p ku lancar jer... Lagi pun nanti lagi berapa hari je aku ada app untuk IVF.

Erm... Ok... Next entry daku citer cmne app ngan gynae pasal IVF nanti... Wassalam ... ;)

16 February 2013

MAAF YE INCIK SUAMI ... :(

Assalamualaikum wbt ...



Petang ni emosi ku makin membuak2 xstabil nya sampai tetiba daku teerungkit plak pasal belom ada zuriat ni... memang ini lah ISU nya setiap kali gado... Ya Allah, dalam xsedar aku dah mengecilkan hati incik suami... maaf lah, saya tau awak faham situasi dan keadaan saya sekarang... tapi ntah kenapa saya slalu sngat cakap "awak xfaham apa yg saya rasa" !! itu jelah ayat yang slalu kluar dari mulut saya kalo tiap kali perang ke dua meletus ... huhu... sedey kan jadi SAYA ! too emotional! itulah kelemahan aku dan aku masih dalam proses cuba perbaikinya...

aku rasa lah kan maybe sebab period yang ting tong ni kot, macam2 daku pikir kan... ayat yang aku ingat masa tengah 'panas' tadi ...

"awak xtau apa yg saya rasa! awak xfaham... awak kerja... xde la rasa boring dan sunyi sangat... saya ni yang dok umah, XDE KERJA, XDE ANAK! SAKIT LAGI! saya sunyi! da bertahun2 dah rasa ni... rasa mcm nak gila dah".

Astaghfirullahalazim ... betol ke daku cakap cenggitu tadi kat incik suami? memang betol2 syaitan yang kuat dah merasuk otak aku gamaknya...

Aku sedar silap aku, terus aku senyap dan yang mampu berkata-kata hanyalah air mata...

"Abg pun nak ada zuriat jugak. awak fikir saya xnak ke? saya tau sayalah punca ... saya xdapat bagi awak zuriat... sekarang ni keputusan ada kat tangan awak ... awak pilih lah yang terbaik... atau awak nk kita ikut haluan masing-masing? saya redha... "

masa dia cakap tu terus aku senyap ...and ...

"abg nak ke kita ikut haluan masing-masing?"

---------------------------------------------Senyap ------------------------------------------------------

bila daku dah cool down, baru lah aku bleh fikir dengan waras sket... erk... semua perempuan mcm ni ke? ke aku je satu-satunya spesis yang pelik cenggini yer... erm.... ok, kesudahannya incik suami ku dah merajuk n menguncikan diri di bilik sebelah -ok, incik suami pun memang sorg yang agak manja n sensitip jugak ada masanya tu... mungkin juga dia faham kalau daku perlukan masa untuk sendiri... bermuhasabah diri setelah apa yang berlaku tadi ...erm... dan dia juga perlukan masa untuk menyendiri.... aku tau, aku bukanlah isteri yang baik dan sempurna... tapi percayalah kalau sekarang ni aku sedang cuba berusaha untuk ke arah itu... mudah-mudahan ...

p/s : ini bukanlah skrip drama petang-petang ye, tapi ini lah realiti kehidupan perjalanan yang harus aku lalui. setiap org Allah telah tetapkan bagaimana perjalanan hidup masing-masing dan dengan ujian yang pelbagai ...jangan persoalkan kenapa aku? kerana kita hanyalah hambaNya dan memang pantas untuk diuji... bak kata incik suami,

"ini lah jalan hidup kita yang Allah telah tetapkan, ini lah ujian untuk kita. kepada siapa kita nak letakkan harapan? pada Allah jer. DIA yang berikan kita ujian ni" - ok, kata-kata ni buat aku terdiam terus.

kepada siapa harus aku memohon pertolongan dan mengadu derita hati aku ni selain Allah SWT. kalau aku rasa dah cukup menderita dengan ujian yang sekecil ini, ada lebih ramai lagi di luar sana org yang lebih menderita dari aku... dan apa yang aku dapat sekarang ni bukanlah 'derita' tapi ini lah tanda 'sayang' Allah kepada hambaNya... aku percaya kalau suatu saat Allah akan mengabulkan doa-doa ku dan doa-doa kalian pada saat yang tepat...

Tetiba teringat kata2 kawan ku di FB, have faith on HIM ! teruskan doa dan usaha... selebihnya tawakkal ... insyaallah ... :)



PERIOD KU TING TONG LAGI

Assalamualaikum wbt

Haiii... period ku ting tong lagi  ke agaknya ya... erm, beberapa hari lepas cramp jugak perut ni + cramp betis / kaki mcam dolu2 nak dtg cik p... aku dah happy dah... hatiku berbunga2... :)

Hari khamis 14hb pada CD 22 ada sticky spotting jer... kalau ikutkan DPO 14 baru cik p ku datang... tapi ni DPO 12... erm entah la ya... tapi sampai hari ni flow cik p ku xde... haisshh... daku dah mula fed up dah ni dgn cik p yg mcm gini.. serius... aku rindu kan period flow ku yang dulu...uwaaaaaa.... emosi pun dah xstabil ni... :( mungkinkah effect duphaston yang ku ambil dekat 21 hari ni? emosi aku kalau terlebih fikir n stress2 jadi semacam je, pastu selera makan macam xleh nak tahan2 jugak ---> gud good idea salahkan ubat lagi... ubat jugak jadi mangsa supaya xde rasa bersalah sgt kalau berat badan naik kan... hurmmm...

Mungkin langkah terakhir, aku nak cuba ubat herba cina lah kot untuk lancarkan flow ni... harap2 menjadi la ... memang aku tahu... gara2 cyst yang menyebabkan period flow ku jadi ting tong ni... habis tu mcm mana? dalam masa sama aku tgah amek duphaston ni... erm dalam 4-5 hari lagi baru hbs telan ubat tu...

Xpela, sebagai alternatif, aku pegi beli lah dulu ubat herba cina tu... hurm... in case nanti rasa mcm bleh telan nanti, daku telan jer.. flow cik p ku cenggini jugak, aku akan amek gak ubat herba cina tu...huhuhu...




14 February 2013

SEMEN ANALYSIS

Assalamualaikum wbt

pagi tadi hubby ada wat sperm test kat klinik o n g yang biasa daku pergi tu ... harapan ku sperm count nya bertambah ... tapi result yang dapat tadi .... hampaaaaaa... masih sama seperti dulu ...

mungkin betol... tak ada cara lain lagi untuk conceive ... mungkin dengan IVF sajalah satu2 caranya ...

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan zuriat...Aamiin ...


11 February 2013

Kan dah cakap... ;)

Assalamualaikum wbt

Baru je semalam gi kenduri my sdara kat kg ...

Ada makcik dan pakcik ni tanya kami ...

My hubby tgah main ngan anak buah kami ...

Makcik : ko bila plak nak beranak?
Aku : (lidah ttba jadi kelu) ntahla - jawapan malas nk ckp apa daa
Mak cik : entah? Kenapa entah (sambil dok gelak2 ngan pak cik) - aku rasa time ni muka aku macam merah padam + nak marah + nak nangis + smua perasaan campur baur ... :'(
My hubby : blom ada rezeki lagi, m.cik.
Mak cik : kalau ko ada anak... Mesti dah besar sekarang ni ... Dah bape lame ko kawen?
Aku : 5 tahun (sambil snyum sumbing)
Mak cik : anak mak cik yg pompuan tu awal2 kawen terus lekat ---» xpedih telinga aku dgr statement ni?
Aku : (senyum kelat je)
My hubby : (tunduk je kepala dari tadi smbil layan anak buah)
-------------------------------------------

On da way balik rumah ... Dalam keter

Aku : abg, tu yg saya malas sgt nk pegi kenduri atau apa2 majlis... Bukan saya sorg je yg ckp mcm ni bang... Boleh di katakan ramai gak geng TTC yg ckp mcm sy ni... Kalau tolong doakan xpela... Ni tolong tambah kan lagi stress kami :(

My hubby : yela... Abg pun stress jugak kalau pikir2 psl ni

Aku : abg baru nak stress? Saya ni da bape tahun dah bang... ( time ckp ayat ni rasa sebak sgt! Mcm nak nangis dah..suara pun mcm dah lain...tapi tahan je...xmo nangis lagi dpn hubby) - bukan bermaksud nk kecikkan hati suami... Tapi tau jela time daku emo...

My hubby : speechless (dia seakan faham ... Memang dia faham) tetiba dia cakap... Abg kalau boleh nk cari duit sekarang dalam 20k untuk buat IVF dengan doc p tu... Sanggup abg amek cuti sebulan tanpa gaji.

Aku : (sebak) yela... Paling2 komang kena ada 30k ... Hurmmm...

------ Senyap --------

Xpela... Daku maafkan mak cik n pak cik tu... Even ni bukan lah kali pertama mak cik tu kalut tanya aku persoalan2 mcm ni... Tapi xpela... Allah hantar dia untuk menguji kesabaran kami ... Mungkin.... :( Redha ...

09 February 2013

Hepi Chinese New Year

Assalamualaikum wbt

Daku nk ucapkan selamat tahun baru cina kepada penganut agama buddha...

Apapun... Cuti adalah seminggu... Yahuu... Huhuhu... Tapi raya cina ni banyak beno dapat invitation card kenduri kawen sedara mara dan kawan2 kan...

Kalau ikutkan malas daku nk pergi...bknnya apa... Mesti ada je.mulut2 yang xde insurans bertanya dan sindir2 pasal anak...

Yela... Daku dah dekat 5 tahun kawen belum lagi ada zuriat... Ada sorg jiran tu area rumah aku ni... Suka sangat sindir2 aku psl blom ngandung la... Blom ada anak la..dia ingat aku xpaham kalau ckp ngan org sebelah tapi kata2 pedas tu tuju kat aku... Apa ko ingat aku ni xde perasaan ke... Ko ingat aku ni xteringin nak ada anak mcm ko yg slalu ke hulu ke hilir kelek anak ko yg baru umur 2 tahun tu (w/pun umo ko da 40++an)

Oppss..sori..teremosi plak... Bukan apa... Sedih tau org2 yg jenis mcm ni... Bkn daku yg sedih..tp daku sedih bg pihak diorg...my hubby said ... Org2 mcm ni myb dengki ngan hidup kita... Yela...sibuk dok nk amek tau psl org... Hdup sdiri xde seri gamaknya dok sibuk kan hal org... Myb our life is better than their life ... Erm... Mungkinlah ;)

K... So pasni... Kalau nk ckp psal zuriat2 dengan golongan sama mcm ku lambat dpt zuriat...jgn nak sibuk2 tanya + sakitkan hati... Apa yang kami mahu hanyalah DOA dari anda... Huhu... Adioss... Wassalam...

07 February 2013

USAHA TTC KU (BBT)

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya dah lama daku nak post pasal BBT ni... tapi aku newbie je..hehe.. baru je bulan Nov 2012 start ber BBT ... hehe... ok, bagi yang xtau apa itu BBT, bleh klik SINI ... :)

Inilah termometer yang daku guna untuk kaedah BBT ni...



Yang kat atas tu brand Omron, daku beli kat Kian Farmasi RM 59.90 ... agak mahal sket sebab termo tu 2 decimal ... beli dalam bulan 11 tahun lepas la... yang bawah tu plak daku baru je beli semalam dekat watson... 1 decimal je... brand microlife harga RM 20.90. ala, saja je aku beli lagi satu ... kan dah teruja sangat berBBT... hihihi...


Macam ni lah 2 decimal ...ok.. hehe... kredit Pic : Hamilcomel

Ermmm... tapi yang sedihnya ... daku punya suhu agak low... bayangkan suhu daku paling tinggi setakat hari ni 36.3 jer... dolu2 dalam bln 11 tu dapat lah jugak 36.5 rasanya... nnti daku cek balik ... kemungkinan juga berpunca dari masalah cyst daku ini..sobsobsob... tapi aku dah amek pil duphaston untuk tingkatlan progesteron cycle ni, harap2 makin meningkat dan balance la hormon estrogen dan progesteron ku ni...

ok, jom tengok problem suhu BBT ku ni ... yang ni yang latest ... FF xdapat detect O ... tapi daku dapat rasa yang daku O pada CD 10 macam cycle lepas... mungkinkah disebabkan duphaston maka graf ku jadi cenggini? huhu.. xdapat dipastikan ...


yang bawah ni plak yang awal bulan 1 daku pnya period ...(apa punya ayat la) cycle lepas just 23 days jer... tapi syukurlah xde gangguan fasa luteal ... hari ke 14 selepas Ovulation, cik p ku dtg ... mungkinkah juga effect ubat progyluton yang daku amek just 3 hari je ? hahaha... memang ntah apa2 la aku ni kan ... dah doc bagi pil hormon tu xmo plak makan... pegi klinik o n g gov , doc bg duphaston baru daku nk telan... da insaf gamaknya.. heee :) harap2 periodku kembali normal... 


xsabar nak start cycle baru... harap2 pasni cik p ku ok, daku nk buat ujian darah lak ni... janganlah problem lagi... ermm....

oklah, stop sini dulu... sori daku xcerita detail pasal BBT ni...just cerita psl daku pnya pnglaman jer..so, nnti blehlah korang yg sedang TTC tu try kaedah BBT ni lak.. memang berbaloi-baloi ... :)

Wassalam ... :)

KOLESTEROL TINGGI DALAM DARAH

Assalamualaikum wbt

Petang tadi daku dah pi amek ujian darah yang 50 ujian tu... hehe... suami daku dapat voucher RM280 dari KPJ ... so, yayang ku bagi kat daku voucher tu... disebabkan voucher tu berkuatkuasa selama 3 bulan je kalau xsilap aku...11/2/2013 last date so, pada akhir bulan lepas daku p la KPJ wat ujian darah tu... huhu... baru kejap tadi pi amek result... Suke..suke..suke... excited ! :)


Bayangkan selama hidup hampir 28 tahun ni, baru hari ni daku dapat tahu jenis darahku selama ni... haha... dasyat tol aku ni... erm Alhamdulillah! boleh dikatakan result darahku semua ok, TAPI .... haa... yg ada TAPI ni lah part yang xbestnya ... Kolesterol dalam darah ku mcm tinggi je...LIPID PROFILE ku memang semuanya dalam range RISK INDICATOR ... ermm... ok, memang xpelik since bdanku memang berisi pun... dan xketerlaluan kalau ku katakan memang daku obes... BMI ku kan 31 ... Sobsobsob ..uwaaaa...


aiii..daku ni kalau masih xsedar diri gak xtaulah apa nak kata... BMI tahap obes, kolesterol dalam darah agak tinggi, ikut genetik keluargaku ada yang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis... xkan lah daku xsedar2 lagi dan xmo amek inisiatif untuk turunkan berat badan??? (marah kat diri sendiri yg masih xsedar diri ni) hurmmmm....


Berilah daku kekuatan Ya Allah untuk mengurangkan berat bdan dan amalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat...aamiin... mudah-mudahan ...


p/s : sumber foto cik google :)

05 February 2013

My Trying To Conceive (TTC) Journal: Tuhan Sedang Menguji Kita

My Trying To Conceive (TTC) Journal: Tuhan Sedang Menguji Kita

daku terbaca post di blog puanstoberi.. share ye puanstoberi... memang betul apa yang ditulis tu... semoga kita sama2 mendapat manfaat daripadanya ... :)

OVARIAN CYST

Assalamualaikum wbt

Entry kali ni daku nak citer pasal ovarian cyst ku ini ... wat masa sekarang ... dok rasa denyut2 dan xselesa je kat ari-ari sebelah kanan ni ... tambah2 plak bila daku tahan buang air kecil atau air besar... tapi sekarang ni kerap jugak ari-ari ku kiri dan kanan rasa xselesa... mungkinkah cyst ni ada di kedua2 belah ovariku...?? tapi kenapa my gynae xdapat detect ye yang sebelah kiri ni masa scan itu hari..die just nmpak yang sebelah kanan je dan cakap "besar jugak cyst awak ni..5cmx3cm" ...

Ntah kenapa daku langsung xterasa terkejut pun dengan kata-kata doc tu, myb sebab daku dah bersiap sedia dengan jawapan daripada doc masa scan nanti... kalau doc ckp "ok, ovari awak dan rahim awak..semua xde masalah" opkos la aku rasa pelik lak kan... habis tu dah kenapa pulak aku dok rasa sakit2, sengal2 kat ari-ari kan kalau xde apa2 masalah... hurrmm... sekarang ni daku banyak research kat internet ni  pasal ovarian cyst ni...sesuatu yang biasa bagi daku kalau ingin mengetahui sesuatu yang berlaku dengan badan n hormonkui dengan lebih lanjut ... memang internet lah satu2nya tempat yang paling cepat untuk ku jadikan rujukan... antara web / blog yang ku rujuk... ini lah dia ... :) click this link selain tu, ada jugak blog ni ... leh wat rujukan gak... thanks ya ...

Erm, sekarang ni sangatlah risau sebab sebelum2 ni daku pernah rasa sengal2 kat ari-ari tapi xdela sampai sekerap ni... sekarang ni kerap sangat rasa sakit ni... mcm2 dipikirkan dalam fikiran aku ni... mcmana kalau cyst ni makin membesar? mcmana untuk preggy nanti? daku dahla tgh TTC sekarang ni..risau sangat.. kalau kena operate, daku redha jela... apapun, daku tggu appointment dengan gynae akhir bln 2 ni ... huhu... harap2nya xde apa2 yang diingini berlaku ...aamiin ...



p/s: sumber photo dari cik google

03 February 2013

Papai JAN ! Hai-Hai FEB !

Assalamualaikum wbt

dah masuk bulan 2 ye kita sekarang ni... sekejap nya masa berlalu...

Tapi daku masih begini sendiri, berdua belom lagi bertiga.. Ya Allah semoga semuanya di permudahkan nanti untuk kami mendapatkan zuriat ...

Sekarang ni daku fokus untuk turunkan berat badan je... ni lah usaha kali ke 3 ku untuk turunkan berat badan ... usaha sebelum ni... kurangkan makan + workout dalam masa 10 hari daku dapat turunkan 2kg .. kira ok la tu kan sbb daku fikir2 kan, sebenarnya masalah M je yg membuatkan berat badanku ni xturun2... kalau penyakit R aka RAJIN datang, dalam masa sebulan, insyaallah daku leh turunkan sampai 8kg. hehehe.. Verangan berangan jap !

harapanku usaha kali ni untuk turunkan beratkan badan berhasil...aamiin ... paling2 sengkek pun kalau boleh biarlah turun 10 kg... daku xsanggup dah bawa badan n fibroid yang makin membesar ni... huhuhu... uwaaa..sobsobsob...

Ohhh... lagi satu... daku nk inform, maybe aku xserasi dengan herbalife F1 n Teamix tu sebab nya... F1 tu kan berasaskan soya dan tea mix lak ada kafein gak sikit so, bg org yg ada fibroid atau cyst macam daku ni mmg xdi galakkan amek makanan berasaskan soya atau kafein, sebelum ni mmg daku xminum tea pun ... mmg pantang... baru 2-3 hari lepas minum F1 dan Tea mix tu, area ari-ari kanan ku (tenpat fibroid) tu menyucuk2 ... harap2nya janganlah makin membesar ...huhu... so, daku dah stop amek herbalife.. sekarang ni cuba untuk diet secara sihat lak... kurangkan carb dan banyakkan workout ... insyaallah... semoga semuanya di permudahkan ... :)

Panjang plak melalut ni, ok, jom sambung workout !!

31 January 2013

DUPHASTON

Assalamualaikum wbt

Tertangguh plak nak update blog.. ingat nak update semalam... xsempat ... semalam gi klinik O & G ... ada appointment ... di sebabkan masalah period yang tidak bagus ini, maka daku mintakla untuk scan ... walaupun hampir sebulan menunggu tarikh appointment ni, tapi daku berpuas hati dengan layanan hospital kerajaan ni ... detail di cek ... syukur ... tapi yang x bestnya doc cakap fibroid ku makin membesar...

Tahun 2011 scan (USG) je, doc ckp saiz 2x2.2cm je .. tapi semalam pergi scan doc ckp dah 5x3cm ... alamak, patutlah sekarang ni periodku problem, cepat benor rasa nk terkucil bila minum air lebih sket, lepas tu bila tahan buang air besar or kecik, mula la sebelah kanan ari-ari ni rasa sengal smpai ke peha, rupanya fibroidku makin mengganas, dia da tekan pundi kencing n usus besar ku gamaknya...

Selain daripada tu, daku ada gak bgtau doc daku ada wat BBT n suhu memang rendah.. suhu paling tinggi pun 36.3 je... doc ckp hormon progesteron ku rendah ... so, doc decide suh amek duphaston ... doc bagi untuk 3 cycle... tp org farmasi tu bg daku 1 cycle dulu..then dia bg next date untuk amek balik ubat tu for next cycle... ubat duphaston yang di prescribed berikan padaku ni makan selama 21 hari , 1 biji skali makan sehari. tghen stop tujuh hari, makan lagi for next cycle.. harap2 periodku kembali normal seperti duluuuu...



oppsss... lagi satu doc nasihatkan daku kena turunkan berat badan... die siap kira lagi BMI ku dengan ass nurse nya dalam bilik tu...huhu... terharu rasanya walaupun daku dah tau berapa BMI ku skrg..daku ckp "dah obes kan doc?" erm... die senyum je n cakap paling2 xboleh, bagi la turun 5 kg je dulu... so, kesimpulannya sekarang ni ...daku mmg sedang berusaha keras melawan hawa nafsu untuk menurunkan berat badan..bukannya hawa nafsu apa... godaaan makanan sebenarnya ni... so, dats y daku plan amek herbalife wat masa skrg... harap2nya impianku untuk turunkan berat badan dalam 15 kg ni berhasil dan semoga fibroidku akan mengecil and kecut kembali selepas bdanku dah berjaya kecik nanti ...aamiin ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...