16 February 2013

MAAF YE INCIK SUAMI ... :(

Assalamualaikum wbt ...



Petang ni emosi ku makin membuak2 xstabil nya sampai tetiba daku teerungkit plak pasal belom ada zuriat ni... memang ini lah ISU nya setiap kali gado... Ya Allah, dalam xsedar aku dah mengecilkan hati incik suami... maaf lah, saya tau awak faham situasi dan keadaan saya sekarang... tapi ntah kenapa saya slalu sngat cakap "awak xfaham apa yg saya rasa" !! itu jelah ayat yang slalu kluar dari mulut saya kalo tiap kali perang ke dua meletus ... huhu... sedey kan jadi SAYA ! too emotional! itulah kelemahan aku dan aku masih dalam proses cuba perbaikinya...

aku rasa lah kan maybe sebab period yang ting tong ni kot, macam2 daku pikir kan... ayat yang aku ingat masa tengah 'panas' tadi ...

"awak xtau apa yg saya rasa! awak xfaham... awak kerja... xde la rasa boring dan sunyi sangat... saya ni yang dok umah, XDE KERJA, XDE ANAK! SAKIT LAGI! saya sunyi! da bertahun2 dah rasa ni... rasa mcm nak gila dah".

Astaghfirullahalazim ... betol ke daku cakap cenggitu tadi kat incik suami? memang betol2 syaitan yang kuat dah merasuk otak aku gamaknya...

Aku sedar silap aku, terus aku senyap dan yang mampu berkata-kata hanyalah air mata...

"Abg pun nak ada zuriat jugak. awak fikir saya xnak ke? saya tau sayalah punca ... saya xdapat bagi awak zuriat... sekarang ni keputusan ada kat tangan awak ... awak pilih lah yang terbaik... atau awak nk kita ikut haluan masing-masing? saya redha... "

masa dia cakap tu terus aku senyap ...and ...

"abg nak ke kita ikut haluan masing-masing?"

---------------------------------------------Senyap ------------------------------------------------------

bila daku dah cool down, baru lah aku bleh fikir dengan waras sket... erk... semua perempuan mcm ni ke? ke aku je satu-satunya spesis yang pelik cenggini yer... erm.... ok, kesudahannya incik suami ku dah merajuk n menguncikan diri di bilik sebelah -ok, incik suami pun memang sorg yang agak manja n sensitip jugak ada masanya tu... mungkin juga dia faham kalau daku perlukan masa untuk sendiri... bermuhasabah diri setelah apa yang berlaku tadi ...erm... dan dia juga perlukan masa untuk menyendiri.... aku tau, aku bukanlah isteri yang baik dan sempurna... tapi percayalah kalau sekarang ni aku sedang cuba berusaha untuk ke arah itu... mudah-mudahan ...

p/s : ini bukanlah skrip drama petang-petang ye, tapi ini lah realiti kehidupan perjalanan yang harus aku lalui. setiap org Allah telah tetapkan bagaimana perjalanan hidup masing-masing dan dengan ujian yang pelbagai ...jangan persoalkan kenapa aku? kerana kita hanyalah hambaNya dan memang pantas untuk diuji... bak kata incik suami,

"ini lah jalan hidup kita yang Allah telah tetapkan, ini lah ujian untuk kita. kepada siapa kita nak letakkan harapan? pada Allah jer. DIA yang berikan kita ujian ni" - ok, kata-kata ni buat aku terdiam terus.

kepada siapa harus aku memohon pertolongan dan mengadu derita hati aku ni selain Allah SWT. kalau aku rasa dah cukup menderita dengan ujian yang sekecil ini, ada lebih ramai lagi di luar sana org yang lebih menderita dari aku... dan apa yang aku dapat sekarang ni bukanlah 'derita' tapi ini lah tanda 'sayang' Allah kepada hambaNya... aku percaya kalau suatu saat Allah akan mengabulkan doa-doa ku dan doa-doa kalian pada saat yang tepat...

Tetiba teringat kata2 kawan ku di FB, have faith on HIM ! teruskan doa dan usaha... selebihnya tawakkal ... insyaallah ... :)



No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi kan lah meng 'komen' ... thanks yaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...