21 March 2013

MASALAH HORMON

Assalamualaikum wbt

pic dari Google



sebenarnya aku dah pening dan xtau apa nak fikir dah dengan masalah hormon aku yang x stabil ni... daku rindukan saat-saat hormon ok seperti dulu... sobsobsob ...

Hormon progesteron masih rendah...dan sekarang ni cik p ku plak wat hal x mau datang2 lagi ... tanda-tanda macam cik p nak datang tu dah ada... tapi kenapa belum sampai2 lagi ye... erm? macam keretapi jer... hehe... 

aarggghh, kalau di fikir2 kan makin tension sebenarnya...so, baik aku x payah fikir... biarkan ianya berlalu dengan smooth ... 

jangan fikir sangat ok. 

kita tengok nanti next month macamana... semalam last makan duphaston untuk 2nd cycle. sepatutnya semalam dah kena pergi ambil duphaston for 3rd cycle kat farmasi... tapi my hubby sangat lah sibuk kebelakangan ni, maybe hari ni bleh ajak die pergi ambil ubat... :)

note : harini CD 34... sepatutnya CD 28 macam tu dah datang cik p :(

15 March 2013

JURURAWAT KE JERAWAT

Assalamualaikum wbt


apa nak jadi lah dengan hormon ku yang sedang tunggang langgang sekarang ni ... serius cakap, sejak hormon  xbetul dan sejak tau ada cyst kat ovari ni ... hormon jadi x betul ... jerawat-jerawat yang cantik jelita pun suka sangat datang menyinggah dan tak mau pulang-pulang dah ... sobsobsob... sedihhhh...

jerawat ni datang tidak di undang sejak beberapa bulan lalu...adalah dalam bulan Nov / Dec 2012 sampai lah saat ni belum lagi menunjukkan tanda-tanda nak hilang... biasalah kalau hormon problem, macam-macam masalah jadinya ... aku dah siap tukar facial wash lagi ...hihihi...

ini lah jerawat di pipi ku yg tidak surut-surut... sebelum-sebelum ni kalau jerwat datang pun sekejap je, lpas sapu ubt jerawat atau cream, dia akan hilang dan terus lenyap... tapi tidak untuk kali ni ...huhuhu...

10 March 2013

TERSENTUH HATI

Assalamualaikum wbt


Baru kejap ni baca entry kat blog Puan Stoberi ... (sila klik) berkaitan sensitif orang yang belum ada zuriat ni ... sayu plak hati ni memang betul kami ttcians cepat sensitif berkaitan zuriat ... dan memang saya boleh rasa sangat apa yang di rasakan oleh ttcians ... hanya orang yang mengalaminya sahaja yang memahami bagaimana rasanya ... walaupun sama jantina, sama umur dan sama tempat kerja ... tapi bila menyentuh kalau 'situasi' macam ni ... mungkin kah akan sama juga? hakikatnya serupa tapi x sama ... - berbelit ayat aku ni.. kakakaaaa... 

pic en google

semalam aku ada jumpa adik ipar ku yang pregnant 6 bulan , tengok pada perut dia yang makin membesar dan sihat tu... memang aku automatically rasa sayu sangat... rasa tu memang sampai ke dalam dasar hati ni ... xdapat nak bayangkan dengan kata-kata ... aku cuba control sebab xmau teremosi sangat... buat-buat biasa je... Ya Allah, betapa teringin sangat nak rasa pengalaman tu ... macamana rasanya membawa perut yang memboyot tu, macamana rasanya alahan, macamana rasanya di manjakan suami ketika hamil, macamana rasanya sakit bersalin, macamana? macamana? macam-macam yang aku fikir dan rasakan sekarang ni. daku perasan air muka suamiku berubah... memang sedih kan... siapa yang x nak zuriat? siapa yang x nak anak? x kan kami nak tunjukkan betapa berusaha nya kami untuk dapat zuriat ... orang lain dok sembang-sembang planning psl x nak tambah anak lagi, pengalaman mengandung, pengalaman bersalin la dan macam-macam ... siapa yang x sensitif dan siapa yang akan jadi sensitif sekarang? memang logik la kan ... 

pic en google 

adik ipar ku yang sorang lagi sibuk gak dok tanya-tanya pasal percutian ke luar negara kami bulan depan ...  dia cakap kami selalu sangat bercuti, bestnya.. dari nada suara dan riak muka , aku tahu macamana rasanya cemburu. sebab itu jugak aku x cakap panjang pasal benda-benda berkaitan percutian. dia selalu cakap susah dengan anak-anak kecik nak jalan-jalan. aku tengok ramai je famli yang ada anak ramai tu bercuti.., pernah aku bercuti ke indonesia tahun lepas, tengok ada je famli yang ada anak 3-4 orang bercuti bawak anak-anak diorang skali (keluarga dari Malaysia juga). lagipun keluarga dia bukanlah orang susah ... terpulang pada sikap pasangan dan diri masing-masing ... : p  

oleh itu, cehh...  erm aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan aku seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang dan dapat membimbing aku ... (w/pun blom level tok imam lagi - insyaallah 1 day) tapi sekurang-sekurangnya aku bersyukur ... mempunyai suami yang sentiasa memahami dan selalu ada di samping aku dalam apa sahaja situasi. - walaupun rezeki untuk mempunyai zuriat masih belum ada tanda-tanda ... :(

Allah itu Maha Adil ... dan aku memang percaya kalau suatu saat nanti Allah akan mengabulkan doa-doa kita (ttcians) untuk mendapatkan zuriat... tidak cepat dan tidak terlambat tapi pada satu saat yang tepat ... anugerah yang satu itu akan hadir jua ... :)


08 March 2013

TTCians

Assalamualaikum wbt


selama daku bergelar ttcians ni, memang banyak sangat info dan ilmu TTC yang ku dapat ... contohnya dari segi pengetahuan tentang hormon badan sendiri, tentang BBT, tentang Cervical Mucus (CM) - CM waktu subur macamana,CM waktu xsubur macamana, tentang nak cek Cervic Position (CP), dan macam - macam lagi lah kalau nak cerita... dan aku percaya kebanyakan ttcians yang dah lama TTC boleh di katakan lebih tahu dan arif tentang ilmu TTC ... 

pic en google

itulah hikmah tersurat yang kita (ttcians) dapat lihat bila ber TTC. Allah xjadikan sesuatu perkara tu dengan sia-sia. pasti ada sesuatu yang Allah ingin berikan kepada kita... kalau sebaliknya, ada ke kita kesah nak temping BBT setiap pagi? ada ke kita kesah apa benda tu IVF, IUI, dan mcam-macam lagi ... konsep dia sama je, contohnya kalau kita kena apa-apa penyakit (Ovarian Cyst) ke, macam aku ... xde lah aku nak amik tau dengan detail sangat pasal penyakit ni kalau aku xalaminya... bila dah kena, semua info-info berkaitan aku cari dan kumpulkan... :)

apapun, just think positive jer... saja daku post entry ni hanya untuk memotivasikan diri sendiri... apa yang berlaku, pasti ada HIKMAH di sebalik semuanya... Usaha, Doa dan Tawakkal !

p/s : ttcians semua yang aktif berblogging, teruskan update info-info selama TTC, semoga kita sama-sama dapat share sedikit sebanyak info... ada blog-blog TTC yang ku follow, maybe banyak lagi blog-blog TTC lain yang aku belom jumpa ... apapun, thanks ya semua yang kongsi info ... :) thanks juga jika ada yang sudi follow ku dan masukkan dalam list ... keep update yaaa !


07 March 2013

LEMON DAN MADU

Assalamualaikum wbt


Aku rasa dah dalam beberapa minggu lepas aku da beli lemon kat tesco, Ermm... lemon dalam peti ais tu pun dok tercongok and tunggu masa je untuk aku kupas dan makan buat jus...sejak beberapa hari ni... aku ada mengamalkan minum jus lemon dan di campurkan dengan madu sket... daku akan minumm setiap awal pagi sebelum sarapan. ini cuma usaha ku untuk menjaga kesihatan. 

macam yang aku buat, hiris beberapa hirisan keping lemon (2-3 hiris je) masukkan dalam secawan air suam dan kemudian masukkan sesudu madu asli atau ikut suka la eh nak rasa manis macamana tu... then kacau sket... minum!

bila ku google-google, banyak jugak kebaikan lemon dan madu ni... jom kita tengok ape kebaikannya....

1. Menurunkan Berat Badan

Anda dapat menambahkan beberapa tetes madu dalam segelas minuman lemon hangat. Selain membakar kalori, minuman ini juga mengandung banyak asam sitrat dan antioksidan. Anda bisa meminumnya sebelum atau setelah makan.

2. Menyembuhkan Gangguan Pencernaan

Kombinasi air hangat, jus lemon, dan madu, dapat membantu membersihkan racun (detoksifikasi) dan membuat kulit bersinar.

3. Mengobati Sakit Tekak

Tenggorokan Anda terasa gatal saat batuk? Atasi keluhan tersebut dengan minuman ini. Madu memiliki sifat anti-bakteri yang dapat membunuh bakteri dan kuman yang menyebabkan masalah tenggorokan. Sedangkan air hangat juga dapat membantu membersihkan tenggorokan dan mengencerkan kahak.

4. Mencegah Batu Ginjal

Sering menahan kencing, minum sedikit air, dan asupan kalsium yang berlebihan dapat menyebabkan batu ginjal. Untuk mencegah keluhan itu, Anda dapat menyeruput jus lemon madu secara teratur, karena minuman ini dapat menghilangkan kelebihan kalsium dari darah dan tubuh.

5. Mencegah Kanser Usus Besar

Madu memiliki banyak antioksidan yang dapat melawan pembentukan tumor. begitu pula dengan lemon yang juga kaya antioksidan. Tak heran bila jus lemon madu dapat membantu melawan risiko kanker usus besar, bila dikonsumsi secara teratur.



pic en google

Oke, selain itu, banyak lagi  kebaikan dan khasiat jus lemon dan madu ni... jom klik sini plak ... dan sini lagi oke, semoga bermanfaat ... :)

p/s : selamat mengamalkan minum jus lemon + madu setiap pagi ...hehe..

06 March 2013

MeleTOP - Parody Tube: Sore Eyes



dok tengah tensi-tensi t'jumpa video ni... ok, memang kelakar lah jihan ni ... hahaha...

p/s: sekadar hiburan petang... :)

Bermacam Ragam Manusia

Assalamualaikum wbt



haishhh ... bermacam ragam manusia ni kan ... sedih, kecewa, geram, semua ada... tapi yang penting sekarang ni SABAR jela ... hurm...

Tiba-tiba teringat plak kata-kata motivator di sekeliling aku ... jangan cari redha manusia... cari lah redha Allah... insyaallah semuannya akan baik-baik sahaja dan hidup pun lebih tenang... ok, aku cuba pujuk hati sendiri... apa yang penting ialah mencari redha Allah SWT ... xkira lah  apa sahaja yang kita lakukan ...

Oke, Chaiyoook Mrs Z ... don't be upset and never ever give up !


05 March 2013

Masalah Oh Masalah !

Assalamualaikum wbt


Setiap yang bergelar manusia, makhluk ciptaan Allah SWT tidak lari daripada menghadapai masalah. Cuma, setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza... ada yang mempunyai masalah kewangan, masalah kesihatan, masalah sosial, dan berbagai-bagai masalah lagi ...

bagi aku sendiri, masalah utama yang ku hadapi ketika ni adalah masalah kesihatan dan masalah sosial ... huhuhu... bagiku, semua tu bukanlah masalah tetapi itu lah ujian dari Allah untuk ku ... ini lah bahagianku ... sukar mendapatkan zuriat, masalah ahli keluarga seperti orang tua daku, anak saudara, kakak ipar,  --- > (semuanya tu datang pada aku bertalu-talu ) dan sikap aku sendiri... (berperang dengan diri sendiri dalam usaha untuk berubah ke arah kebaikan dari segi sikap dan pemakaian)

setiap orang mempunyai kehendak dan matlamat masing-masing yang ingin dicapai. Bagi aku, banyak benda yang aku dah mula belajar sekarang ni. setiap baik buruk yang berlaku dalam hidup aku, aku jadikan pengajaran dan tauladan ...

apa yang baik aku ambil sebagai contoh, dan yang sebaliknya aku buang jauh-jauh dan jadikan pengajaran supaya semua tu tidak berlaku atas diriku dan orang-orang yang ku sayang ... :)

Banyak perkara yang membuatkan aku berfikir banyak dan dalam sekarang ni... contohnya, wanita-wanita di sekelilingku yang ada anak samada anak dah besar atau masih kecil, bukan senang nak mendidik anak. aku nilai acuan mereka, ternyata yang aku jumpa adalah DIDIKAN AGAMA yang paling penting sejak dari kecil. kalau xde basic 'yang satu' ni pada anak-anak sejak kecil, kita jangan berharap untuk lihat sesuatu yang berkaitan dengannya (agama) semasa mereka sedang meningkat dewasa.  

OK, dari situ aku belajar salah satu ilmu keibubapaan yang penting dalam mendidik anak-anak kelak. Ya Allah, besar rupa-rupanya tanggungjawab menjadi ibu dan ayah. selama ni aku hanya terfikir untuk ada zuriat ku sendiri jer... xsangka sebenarnya dalam perjalananku sedang berusaha untuk mendapat zuriat, terselit hikmah yang Allah ingin tunjukkan padaku... Terima Kasih Ya Allah... 

pic : en google

04 March 2013

Account Google+ Suspended

Assalamualaikum wbt

poning kepala den... akaun ku suspended lak..xdapat nak buat gadget follower... haish..dari bulan lepas lagi daku dah try2 wat...xdapat2 jgk... ada sesiapa dapat bantu saya macamana nak setel ye ... kepada otai-otai blogger, pakar-pakar masalah blog ... huhuhu... sadis tau xdapat add follower... :(

HELP ME! HELP ME! sobsobsob :'(


source pic : en google

03 March 2013

FISH OIL

Assalamualaikum wbt

sebenarnya dah lama gak daku simpan entry ni... nak citer pasal supplement fish oil ni ... beberapa minggu lepas daku ada beli fish oil ni... brand bio life ... selepas diskaun, dapat lah RM 19.80 untuk 30 biji kat farmasi yang daku ada no ahli kat situ.. hehehe :)

al kisah nya ... aku dok google-google pasal omega 3 dan fish oil ni sebab sbelum ni aku ada post kan pasal kolesterol tinggi ku ..huhu... jadi daku search-search la jugak supplement apa yang baik untuk orang yang macam aku ni ... so...

...



...



...



...



...




...


tadaaaaa....



ntah apa-apa la kan mrs z ni ... ah whatever lah ye... nak tunjuk gak gambar fish oil yang aku beli beberapa minggu lepas dan baru beberapa biji je yang aku dah makan ... hahaha... sangat berdisplin betul aku ni...agak lah... ubat pun susah nak makan ... ini kan pula supplement... tapi apa pun, dah alang-alang beli ni, makan la kan...aku akan cuba ..hehe...besor gedabak sebiji-sebiji fish oil ni... kalau compare dengan vitamin E, vegecap fish oil lagi besaq naa... haha... mahu nya tercekik gak kat tekak ni kalau minum air sket... so bila nak telan makan fish oil ni, daku dah siap-siap sediakan satu gelas besar air mineral @ air suam @ air kosong @ ayaq jarang @ air masok ... hehe... macam-macam je aku ni kan...ngengada je lebih ... 

ok, daripada dok citer-citer pasal aku dan fish oil ni, baik kita tengok apa kebaikan fish oil ni ... 


Minyak ikan (fish oil) adalah salah satu sumber yang paling terkenal dari asid lemak Omega-3.Omega-3 asid lemak tak tepu ganda seperti asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), memainkan peranan penting dalam fungsi normal dari sistem saraf, kardiovaskular dan immnune.

Kontra-Indikasi / Perhatian:


- Minyak ikan memberikan sebuah kesan penipisan darah ringan dan boleh melanjutkan masa perdarahan. Ini harus digunakan dengan berhati-hati dengan
agen menipis darah seperti warfarin, aspirin, ginkgo biloba, bawang putih dan vitamin E pada dose yang tinggi. Sesetengah individu yang mempunyai masalah pencernaan lemak mungkin akan merasa mual ketika mula mengambil capsule minyak ikan.

Kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan mempunyai banyak kebaikan yang menakjubkan. Hampir setiap hari ada saja laporan-laporan dari penelitian para saintis diterbitkan membuktikan kehebatan Omega 3 yang ada dalam minyak ikan.



Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.

1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan :
Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan  seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular :
Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.

3) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung :
Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan  Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.

4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan :
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis :
Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).

6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder :
Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder)  dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

7) Menyokong kesihatan mata :
Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)

Semoga Bermanfaat ! wassalam :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...