03 March 2013

FISH OIL

Assalamualaikum wbt

sebenarnya dah lama gak daku simpan entry ni... nak citer pasal supplement fish oil ni ... beberapa minggu lepas daku ada beli fish oil ni... brand bio life ... selepas diskaun, dapat lah RM 19.80 untuk 30 biji kat farmasi yang daku ada no ahli kat situ.. hehehe :)

al kisah nya ... aku dok google-google pasal omega 3 dan fish oil ni sebab sbelum ni aku ada post kan pasal kolesterol tinggi ku ..huhu... jadi daku search-search la jugak supplement apa yang baik untuk orang yang macam aku ni ... so...

...



...



...



...



...




...


tadaaaaa....



ntah apa-apa la kan mrs z ni ... ah whatever lah ye... nak tunjuk gak gambar fish oil yang aku beli beberapa minggu lepas dan baru beberapa biji je yang aku dah makan ... hahaha... sangat berdisplin betul aku ni...agak lah... ubat pun susah nak makan ... ini kan pula supplement... tapi apa pun, dah alang-alang beli ni, makan la kan...aku akan cuba ..hehe...besor gedabak sebiji-sebiji fish oil ni... kalau compare dengan vitamin E, vegecap fish oil lagi besaq naa... haha... mahu nya tercekik gak kat tekak ni kalau minum air sket... so bila nak telan makan fish oil ni, daku dah siap-siap sediakan satu gelas besar air mineral @ air suam @ air kosong @ ayaq jarang @ air masok ... hehe... macam-macam je aku ni kan...ngengada je lebih ... 

ok, daripada dok citer-citer pasal aku dan fish oil ni, baik kita tengok apa kebaikan fish oil ni ... 


Minyak ikan (fish oil) adalah salah satu sumber yang paling terkenal dari asid lemak Omega-3.Omega-3 asid lemak tak tepu ganda seperti asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), memainkan peranan penting dalam fungsi normal dari sistem saraf, kardiovaskular dan immnune.

Kontra-Indikasi / Perhatian:


- Minyak ikan memberikan sebuah kesan penipisan darah ringan dan boleh melanjutkan masa perdarahan. Ini harus digunakan dengan berhati-hati dengan
agen menipis darah seperti warfarin, aspirin, ginkgo biloba, bawang putih dan vitamin E pada dose yang tinggi. Sesetengah individu yang mempunyai masalah pencernaan lemak mungkin akan merasa mual ketika mula mengambil capsule minyak ikan.

Kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan mempunyai banyak kebaikan yang menakjubkan. Hampir setiap hari ada saja laporan-laporan dari penelitian para saintis diterbitkan membuktikan kehebatan Omega 3 yang ada dalam minyak ikan.



Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.

1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan :
Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan  seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular :
Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.

3) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung :
Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan  Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.

4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan :
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis :
Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).

6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder :
Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder)  dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

7) Menyokong kesihatan mata :
Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)

Semoga Bermanfaat ! wassalam :)

No comments:

Post a Comment

Sudi-sudi kan lah meng 'komen' ... thanks yaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...