Showing posts with label UBAT. Show all posts
Showing posts with label UBAT. Show all posts

07 March 2013

LEMON DAN MADU

Assalamualaikum wbt


Aku rasa dah dalam beberapa minggu lepas aku da beli lemon kat tesco, Ermm... lemon dalam peti ais tu pun dok tercongok and tunggu masa je untuk aku kupas dan makan buat jus...sejak beberapa hari ni... aku ada mengamalkan minum jus lemon dan di campurkan dengan madu sket... daku akan minumm setiap awal pagi sebelum sarapan. ini cuma usaha ku untuk menjaga kesihatan. 

macam yang aku buat, hiris beberapa hirisan keping lemon (2-3 hiris je) masukkan dalam secawan air suam dan kemudian masukkan sesudu madu asli atau ikut suka la eh nak rasa manis macamana tu... then kacau sket... minum!

bila ku google-google, banyak jugak kebaikan lemon dan madu ni... jom kita tengok ape kebaikannya....

1. Menurunkan Berat Badan

Anda dapat menambahkan beberapa tetes madu dalam segelas minuman lemon hangat. Selain membakar kalori, minuman ini juga mengandung banyak asam sitrat dan antioksidan. Anda bisa meminumnya sebelum atau setelah makan.

2. Menyembuhkan Gangguan Pencernaan

Kombinasi air hangat, jus lemon, dan madu, dapat membantu membersihkan racun (detoksifikasi) dan membuat kulit bersinar.

3. Mengobati Sakit Tekak

Tenggorokan Anda terasa gatal saat batuk? Atasi keluhan tersebut dengan minuman ini. Madu memiliki sifat anti-bakteri yang dapat membunuh bakteri dan kuman yang menyebabkan masalah tenggorokan. Sedangkan air hangat juga dapat membantu membersihkan tenggorokan dan mengencerkan kahak.

4. Mencegah Batu Ginjal

Sering menahan kencing, minum sedikit air, dan asupan kalsium yang berlebihan dapat menyebabkan batu ginjal. Untuk mencegah keluhan itu, Anda dapat menyeruput jus lemon madu secara teratur, karena minuman ini dapat menghilangkan kelebihan kalsium dari darah dan tubuh.

5. Mencegah Kanser Usus Besar

Madu memiliki banyak antioksidan yang dapat melawan pembentukan tumor. begitu pula dengan lemon yang juga kaya antioksidan. Tak heran bila jus lemon madu dapat membantu melawan risiko kanker usus besar, bila dikonsumsi secara teratur.



pic en google

Oke, selain itu, banyak lagi  kebaikan dan khasiat jus lemon dan madu ni... jom klik sini plak ... dan sini lagi oke, semoga bermanfaat ... :)

p/s : selamat mengamalkan minum jus lemon + madu setiap pagi ...hehe..

03 March 2013

FISH OIL

Assalamualaikum wbt

sebenarnya dah lama gak daku simpan entry ni... nak citer pasal supplement fish oil ni ... beberapa minggu lepas daku ada beli fish oil ni... brand bio life ... selepas diskaun, dapat lah RM 19.80 untuk 30 biji kat farmasi yang daku ada no ahli kat situ.. hehehe :)

al kisah nya ... aku dok google-google pasal omega 3 dan fish oil ni sebab sbelum ni aku ada post kan pasal kolesterol tinggi ku ..huhu... jadi daku search-search la jugak supplement apa yang baik untuk orang yang macam aku ni ... so...

...



...



...



...



...




...


tadaaaaa....



ntah apa-apa la kan mrs z ni ... ah whatever lah ye... nak tunjuk gak gambar fish oil yang aku beli beberapa minggu lepas dan baru beberapa biji je yang aku dah makan ... hahaha... sangat berdisplin betul aku ni...agak lah... ubat pun susah nak makan ... ini kan pula supplement... tapi apa pun, dah alang-alang beli ni, makan la kan...aku akan cuba ..hehe...besor gedabak sebiji-sebiji fish oil ni... kalau compare dengan vitamin E, vegecap fish oil lagi besaq naa... haha... mahu nya tercekik gak kat tekak ni kalau minum air sket... so bila nak telan makan fish oil ni, daku dah siap-siap sediakan satu gelas besar air mineral @ air suam @ air kosong @ ayaq jarang @ air masok ... hehe... macam-macam je aku ni kan...ngengada je lebih ... 

ok, daripada dok citer-citer pasal aku dan fish oil ni, baik kita tengok apa kebaikan fish oil ni ... 


Minyak ikan (fish oil) adalah salah satu sumber yang paling terkenal dari asid lemak Omega-3.Omega-3 asid lemak tak tepu ganda seperti asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA), memainkan peranan penting dalam fungsi normal dari sistem saraf, kardiovaskular dan immnune.

Kontra-Indikasi / Perhatian:


- Minyak ikan memberikan sebuah kesan penipisan darah ringan dan boleh melanjutkan masa perdarahan. Ini harus digunakan dengan berhati-hati dengan
agen menipis darah seperti warfarin, aspirin, ginkgo biloba, bawang putih dan vitamin E pada dose yang tinggi. Sesetengah individu yang mempunyai masalah pencernaan lemak mungkin akan merasa mual ketika mula mengambil capsule minyak ikan.

Kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan mempunyai banyak kebaikan yang menakjubkan. Hampir setiap hari ada saja laporan-laporan dari penelitian para saintis diterbitkan membuktikan kehebatan Omega 3 yang ada dalam minyak ikan.



Ada 7 kebaikan Omega-3 Minyak ikan/ Fish Oil yang kita perlu ketahui.

1) Mengurangkan kesakitan dan keradangan :
Asid Lemak Omega 3 terutama EPA mempunyai efek positif dalam mengurangkan keradangan. Melalui mekanisme tertentu ianya dalat meregulasikan kitaran peradangan sehingga dapat mencegah dan mengurangkan kesakitan  seperti pada penyakit radang sendi, radang prostat dan radang-radang yang lain.

2) Menjaga Kesihatan Kardiovaskular :
Omega 3 juga terbukti dapat membantu menjaga kesihatan kardiovaskular dengan cara menurunkan paras kolestrol dan menurunkan tekanan darah.

3) Mencegah serangan stroke dan serangan jantung :
Apabila kolestrol berkumpul terlalu banyak di dinding salur darah sampai suatu masa ianya akan menyebabkan gumpalan kolestrol yang disebut Plak. Plak ini boleh terlepas dari dinding salur darah dan membentuk gumpalan darah yang dinamakan Klot. Klot inilah yang boleh bergerak kemana-mana saja sepanjang salur darah kita. Bila Klot ini tersumbat di salur darah otak kita panggil Stroke (Angin Ahmar) dan apabila Klot ini tersangkut di salur darah jantung ia mengakibatkan serangan jantung (Heart Attack). Kajian saintis telah membuktikan  Omega 3 dari minyak ikan dapat memecahkan gumpalan klot sebelum klot ini menyumbat mana-mana saluran darah dalam badan kita.

4) Memperbaiki Fungsi Otak dan meningkatkan kecerdasan :
Wanita yang sedang hamil yang mengamalkan pengambilan minyak ikan akan membantu melahirkan anak-anak yang pintar dan cerdas melalui pembentukan saraf-saraf otak yang sempurna. Untuk orang dewasa pula minyak ikan dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus.

5) Mengurangkan Depresi dan Psikosis :
Peneliti dari Bahagian Psikiatri Universiti Sheffield dan juga beberapa penelitian yang lain telah menunjukkan supplement minyak ikan dapat membantu dalam pemulihan simptom-simptom depresi , bipolar dan psikosis. (Journal of Affective Disorder Vol. 48(2-3);149-55).

6) Menurunkan kadar insiden Gangguan Kesihatan Kanak-kanak / Childhood Disorder :
Kajian telah menunjukkan kanak-kanak (termasuk orang dewasa ) dengan ADD (Attention Deficite Disorder)  dan ADHD (Attention Deficit Hrperactive Disorder) mengalami peningkatan kualiti hidup dengan mengamalkan supplemen minyak ikan.

7) Menyokong kesihatan mata :
Kajian juga telah membuktikan minyak ikan membantu dalam mengurangkan simptom kekeringan mata dan memperlambat penyakit degenerasi makula (Macula Degeneration)

Semoga Bermanfaat ! wassalam :)

17 February 2013

UBAT HERBA CINA

Assalamualaikum wbt

Semalam daku dah pergi beli ubat herba cina untuk lancarkan cik p. Auntie kedai herba tu ckp ubat tolak period... Hehe... 1 botol kecik tu ada lah 15 biji dan harga rm 30. Cara makannya 3 biji skali makan 2 x sehari semasa perut kosong. Minum dengan air suam. Ini lah ubatnya.... Hehe...

Daku dah ambik mlm smlm 3 biji dan pagi ni 3 biji... So tinggal lagi 9 biji... Kita tengok nanti camne... Arap2 nya dengan izin Allah cik p ku kembali ok... Huhuhu...

Erm... Ms nak beli ubat semalam Auntie tu siap tnya detail lagi period skrg hr ke berapa? Flow kluar mcm mana? Darah warna apa? Skrg plan nk pregnant x? Detail kan? Mestilah... Mcm pharmacist gteww... Kan jadi apa2 kat patient die...die jugak yg susah... Aku pun susah maa...

Ok, cenggini die cdg kan aku ambil skali ngan pil lagi satu untuk kesuburan katanya... Bagi telur keluar ...maksudnya, nanti after telan pil tolak period tu dia suh amek pil keluar telur plak... Bagi aku, biar lah dulu yang tu... Sbb skrg ni aku just nak bg cik p ku lancar jer... Lagi pun nanti lagi berapa hari je aku ada app untuk IVF.

Erm... Ok... Next entry daku citer cmne app ngan gynae pasal IVF nanti... Wassalam ... ;)

07 February 2013

KOLESTEROL TINGGI DALAM DARAH

Assalamualaikum wbt

Petang tadi daku dah pi amek ujian darah yang 50 ujian tu... hehe... suami daku dapat voucher RM280 dari KPJ ... so, yayang ku bagi kat daku voucher tu... disebabkan voucher tu berkuatkuasa selama 3 bulan je kalau xsilap aku...11/2/2013 last date so, pada akhir bulan lepas daku p la KPJ wat ujian darah tu... huhu... baru kejap tadi pi amek result... Suke..suke..suke... excited ! :)


Bayangkan selama hidup hampir 28 tahun ni, baru hari ni daku dapat tahu jenis darahku selama ni... haha... dasyat tol aku ni... erm Alhamdulillah! boleh dikatakan result darahku semua ok, TAPI .... haa... yg ada TAPI ni lah part yang xbestnya ... Kolesterol dalam darah ku mcm tinggi je...LIPID PROFILE ku memang semuanya dalam range RISK INDICATOR ... ermm... ok, memang xpelik since bdanku memang berisi pun... dan xketerlaluan kalau ku katakan memang daku obes... BMI ku kan 31 ... Sobsobsob ..uwaaaa...


aiii..daku ni kalau masih xsedar diri gak xtaulah apa nak kata... BMI tahap obes, kolesterol dalam darah agak tinggi, ikut genetik keluargaku ada yang sakit jantung, darah tinggi, kencing manis... xkan lah daku xsedar2 lagi dan xmo amek inisiatif untuk turunkan berat badan??? (marah kat diri sendiri yg masih xsedar diri ni) hurmmmm....


Berilah daku kekuatan Ya Allah untuk mengurangkan berat bdan dan amalkan pemakanan serta gaya hidup yang sihat...aamiin... mudah-mudahan ...


p/s : sumber foto cik google :)

31 January 2013

DUPHASTON

Assalamualaikum wbt

Tertangguh plak nak update blog.. ingat nak update semalam... xsempat ... semalam gi klinik O & G ... ada appointment ... di sebabkan masalah period yang tidak bagus ini, maka daku mintakla untuk scan ... walaupun hampir sebulan menunggu tarikh appointment ni, tapi daku berpuas hati dengan layanan hospital kerajaan ni ... detail di cek ... syukur ... tapi yang x bestnya doc cakap fibroid ku makin membesar...

Tahun 2011 scan (USG) je, doc ckp saiz 2x2.2cm je .. tapi semalam pergi scan doc ckp dah 5x3cm ... alamak, patutlah sekarang ni periodku problem, cepat benor rasa nk terkucil bila minum air lebih sket, lepas tu bila tahan buang air besar or kecik, mula la sebelah kanan ari-ari ni rasa sengal smpai ke peha, rupanya fibroidku makin mengganas, dia da tekan pundi kencing n usus besar ku gamaknya...

Selain daripada tu, daku ada gak bgtau doc daku ada wat BBT n suhu memang rendah.. suhu paling tinggi pun 36.3 je... doc ckp hormon progesteron ku rendah ... so, doc decide suh amek duphaston ... doc bagi untuk 3 cycle... tp org farmasi tu bg daku 1 cycle dulu..then dia bg next date untuk amek balik ubat tu for next cycle... ubat duphaston yang di prescribed berikan padaku ni makan selama 21 hari , 1 biji skali makan sehari. tghen stop tujuh hari, makan lagi for next cycle.. harap2 periodku kembali normal seperti duluuuu...



oppsss... lagi satu doc nasihatkan daku kena turunkan berat badan... die siap kira lagi BMI ku dengan ass nurse nya dalam bilik tu...huhu... terharu rasanya walaupun daku dah tau berapa BMI ku skrg..daku ckp "dah obes kan doc?" erm... die senyum je n cakap paling2 xboleh, bagi la turun 5 kg je dulu... so, kesimpulannya sekarang ni ...daku mmg sedang berusaha keras melawan hawa nafsu untuk menurunkan berat badan..bukannya hawa nafsu apa... godaaan makanan sebenarnya ni... so, dats y daku plan amek herbalife wat masa skrg... harap2nya impianku untuk turunkan berat badan dalam 15 kg ni berhasil dan semoga fibroidku akan mengecil and kecut kembali selepas bdanku dah berjaya kecik nanti ...aamiin ...

27 January 2013

DEMAM, BATUK DAN SELSEMA

Assalamualaikum wbt

rasa macam dah lama jer daku x update blog... ceh... mcm ada je yg nak baca ye..hihihi ...

dah beberapa hari daku dok batuk dan selsema... hukhukhuk ... even tengah menaip ni pun tengah batuk2 tau. Tapi elok je daku batuk2 dan selsema ni, cik P ku datang plop 24 hb ... erm.. dah la cik p ku bermasalah, kua setompok2 dengan lendir jer... pastu makan plak ubat batuk, paracetamol dan ubat selsema... berdasarkan penglamanku sdiri kalau makan ubat paracetamol ni period flow akan berkurang (time period) so, mmg betullah ... dah la periodku tengah tingtong kua spotting berlendir... sekarang ni mkn ubat2 tu plak lagi lah xmo kua si cik p ni..aishh.. ape lah problem ku agaknya ye... lagi 2-3 hari nk jmpa gynae ... nak tanya betol2 apa masalahku ni ... harap2nya masalah hormon je n xde berkaitan dengan organ dalaman ..aamiin.. (w/pin dalam hati aku kuat mengatakan ada masalah dalaman ni somthing like endo, cyst, fibroid, etc ... nauzubillah) :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...