Showing posts with label (FOLICULLAR ) OVARIAN CYST. Show all posts
Showing posts with label (FOLICULLAR ) OVARIAN CYST. Show all posts

26 February 2013

CYST / FIBROID & GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum wbt


kredit pic en google :)

Semalam daku ada sembang-sembang dengan sorang kawan ni, dia pun ngah sedang TTC gak macam aku... cuma bezanya dia dah ada sorang anak 11 tahun yang lepas. Ok, berbalik kepada topik entry sebenar, die ada cakap kat aku dia ada sakit yg lebih kurang macam aku jugak, biasalah... masalah orang perempuan, all about Period ! 

Dia cakap ada sakit kat ari-ari sebelah kanan dan sakit pinggang ... xleh duduk lama-lama menang sakit pinggang sangat (belakang) . ok, ni memang sama dengan aku... sebijik .... so, aku cadangkan dia pergi scan kot-kot ada cyst gak mcm daku ... tapi dia macam menidakkan apa yang aku cakap - dah pernah gi scan sebelum dapat anak dia yang sekarang dah darjah 5. ok, aku senyap je... malas nak cakap lebih-lebih. then, tetiba dia cakap pasal gangguan makhluk halus lak ... ok, aku tidak menafikan semua yang dia cakap tu... (sebenarnya banyak lagi yang dia cerita pasal benda-benda tu, tapi xlarat lak daku nak menaipnya)

Dia cakap nak pergi jumpa bomoh. pegang perut je, pakcik tukang urut tu xurut pun ...  itu lah yang dia bagitau aku dan hubby dia depan kami suami isteri. Dia ada ajak aku. Tapi daku xde rasa nak ikut pun, memang betul itu satu ikhtiar tapi aku rasa ... entahla  ye.. hehehe... ada sorang ustaz cadangkan kami berubat dengan membaca ayat-ayat Al - Quran kalau nak berubat dan jangan pergi dengan sebarang bomoh yang berubat dengan cara pelik-pelik serta jampi serapah semua bagai.

Sebenarnya, permulaan aku sakit pinggang (rasa sakit tu macam mencucuk-cucuk dan lenguh2 pinggang) ni sejak 2010 lagi. permulaan jadi sakit pinggang ni, ada lah satu hari tu aku dah siap lipat kain dan nak simpan kain-kain yang dah lipat tu dekat almari. masa nak tunduk tu, tetiba je pinggang aku rasa mencucuk-cucuk kat sebelah kanan (belakang) ni. dia macam datang dengan tiba-tiba dan rasa mcm ada orang cucuk kat situ dengan benda tajam... aduhhh! memang aku mengaduh lah time tu. sakit dan memang xpernah rasa sakit camtu sebelum-sebelum ni. 

Erm, time tu aku masih belajar kat U. so, memang kalau nak study atau exam lenguh sangat pinggang ni sebab kena duduk atas kerusi kan. cuma time study kat bilik jela daku bleh baring-baring sampaikan pernah roomate @ classmate aku cakap... amboi mrs z ni study xpernah duduk kat meja study, atas katil je baca buku n wat assignment... yang peliknya lulus jugak, dapat A jugak... kakaka... perasan lebih kan aku ni... ok, yang aku nak cerita pasal sakit pinggang tu la ... Ya Allah, kalau nak bangun tu... memang xleh nak describe terangkan lah camana rasa sakit tu... mcam nak patah je pinggang ni... :(

sekarang ni pun, even tengah menaip ni memang aku masih rasa sakit pinggang ni. rasa mcam mula-mula sakit dulu... huhuhu... 

ok, apapun, jom kita tengok link ni www.mialiana.com, sangat bermanfaat. then, boleh jugak tengok Link ni. oke.  haa... lagi satu aku jumpa Link yang menarik. Baca jangan x baca oke... semoga bermanfaat !


21 February 2013

CYST KU MENGECIL @ MENGECUT

Assalamualaikum wbt

                                                                    kredit pic : en google

Semalam daku dah pergi hospital untuk appointment IVF tu kan... sekali prof tu EL la plak... adoiyaa... so nurse bagi tarikh temujanji lain.. tapi lambat la plak... bulan April tu .. hurmm.. sebulan lebih lagi kan... aritu nak tggu dapat tarikh appointment yang semalam pun dekat sebulan lebih jugak... tu la kan.. kalau lah daku dah punya ada duit lebih... memang aku pergi hospital swasta... xsanggup dah nak tunggu lelama cenggini... lebih-lebih lagi bila dengar pasal dr prashant kat KL fertility tu, lagi lah daku rasa nak sangat proceed IVF kat sana... :(

Semalam dok sembang2 dengan gynae lagi sorang tu, kebetulan aku ada bawak file yang ada result ujian darah aku semua... termasuk ujian darah kolesterol tinggiku... huhu.. die nasihatkan aku jumpa pakar diet dekat unit diatetik (betul ke eja ni) erm, so aku setuju. elok gak tu. dia cakap kalau aku preggy sekarang pun dengan kolestrol tinggi dalam darah, memang xelok. 

Ok, sebelum tu, aku ada bgtau gak kat dia kalau aku ada cyst 5x3cm... die ckp kalau sebesar tu maybe aku kena bedah... then, aku mintak untuk scan. Dia scan n ckp "ooo... ini cyst folikel je, 3x2cm ... so, xpayah risau... dia akan mengecut". lepas je doc ckp camtu, rasa syukur Alhamdulillah sangat. aku dapat tengok gak imej cyst ku dekat screen tu. SAH ! memang dah kecik sket dari sblm ni... sebenarnya daku xkesah pun kalau kena operate, since untuk kebaikan dan memudahkan aku preggy, aku rela semuanya... tapi bila gynae dah ckp camtu syukur sangat ... apapun. tnggu saja next appointment ku nanti... huhuhu...

persoalanku sekarang, macamana cyst tu boleh mengecil? mungkin kah sebab period flow ku dah ok selepas ambil ubat herba cina tu? atau sebab amek duphaston? atau sebab masa raya cina aitu hari daku memang banyak sangat makan limau mandarin... (dlm sehari boleh sampai 10 biji - ok, agak melampau di situ <-- berkaitan ke? tapi menurut Dr. Hamid Arshat elok makan lemon kan bagi yang ada cyst atau fibroid) atau pun... entah la ye... apapun yang pasti, aku percaya semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua... harap-harap selepas ni cyst ku akan terus hilang dan jangan muncul2 lagi ye... Aamiin ... :)

05 February 2013

OVARIAN CYST

Assalamualaikum wbt

Entry kali ni daku nak citer pasal ovarian cyst ku ini ... wat masa sekarang ... dok rasa denyut2 dan xselesa je kat ari-ari sebelah kanan ni ... tambah2 plak bila daku tahan buang air kecil atau air besar... tapi sekarang ni kerap jugak ari-ari ku kiri dan kanan rasa xselesa... mungkinkah cyst ni ada di kedua2 belah ovariku...?? tapi kenapa my gynae xdapat detect ye yang sebelah kiri ni masa scan itu hari..die just nmpak yang sebelah kanan je dan cakap "besar jugak cyst awak ni..5cmx3cm" ...

Ntah kenapa daku langsung xterasa terkejut pun dengan kata-kata doc tu, myb sebab daku dah bersiap sedia dengan jawapan daripada doc masa scan nanti... kalau doc ckp "ok, ovari awak dan rahim awak..semua xde masalah" opkos la aku rasa pelik lak kan... habis tu dah kenapa pulak aku dok rasa sakit2, sengal2 kat ari-ari kan kalau xde apa2 masalah... hurrmm... sekarang ni daku banyak research kat internet ni  pasal ovarian cyst ni...sesuatu yang biasa bagi daku kalau ingin mengetahui sesuatu yang berlaku dengan badan n hormonkui dengan lebih lanjut ... memang internet lah satu2nya tempat yang paling cepat untuk ku jadikan rujukan... antara web / blog yang ku rujuk... ini lah dia ... :) click this link selain tu, ada jugak blog ni ... leh wat rujukan gak... thanks ya ...

Erm, sekarang ni sangatlah risau sebab sebelum2 ni daku pernah rasa sengal2 kat ari-ari tapi xdela sampai sekerap ni... sekarang ni kerap sangat rasa sakit ni... mcm2 dipikirkan dalam fikiran aku ni... mcmana kalau cyst ni makin membesar? mcmana untuk preggy nanti? daku dahla tgh TTC sekarang ni..risau sangat.. kalau kena operate, daku redha jela... apapun, daku tggu appointment dengan gynae akhir bln 2 ni ... huhu... harap2nya xde apa2 yang diingini berlaku ...aamiin ...



p/s: sumber photo dari cik google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...